CARI DI BLOG INI

17 Jun 2011

Perodua Myvi 2011 Dilancar


Meneruskan momentum kejayaan model Myvi yang merupakan kereta nombor satu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini memperkenalkan Myvi baharu di pasaran.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta bersaiz kompak dengan ruang dalaman yang luas itu masih menekankan konsep gaya dan kemudahan seperti Myvi sebelum ini tetapi kemudahannya ditambah baik dari segi rupa yang lebih segar, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian fungsi terkini.
“Mengikut jejak langkah model Myvi, model terbaharu ini dilihat sebagai kereta rakyat kerana reka bentuknya yang inovatif, teknologi kejuruteraan dengan menggunakan material berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.
“Boleh dikatakan model Myvi baharu ini memberikan nilai yang tinggi kepada pembeli,” katanya selepas majlis pelancaran model terkini Perodua di sini semalam.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)