CARI DI BLOG INI

01 Julai 2011

Antara Peristiwa Israk & Mikraj (Must Read)


Berikut merupakan antara golongan yang pernah ditemui oleh Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk:

1. Golongan yang hasil tuaian mereka sangat lumayan. Setelah dipetik hasil tuaian itu, tumbuh semula hasil tuaian itu lagi, lagi, dan lagi. Lalu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah".

2. Golongan yang menghantuk kepala mereka pada batu. Mereka menghantuk, lalu pecah kepala mereka, lalu kepala mereka pulih seperti sedia kala dan mereka menghantuk lagi kepala mereka pada batu itu. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang memberatkan solat". Inilah seksaan bagi golongan yang meninggalkan solat.

3. Golongan yang mempunyai kuku tembaga, lalu mereka mencakar tubuh badan mereka dari atas sampai ke bawah sehingga kulit tercerai dari isi. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang suka mengumpat".

4. Golongan yang dihidangkan makanan yang halal, tetapi mereka memilih untuk menjamah makanan yang haram lagi bernajis dan busuk. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang mempunyai jalan yang halal untuk bersetubuh, tetapi memilih jalan zina". Seksaan ini bukan hanya terjadi kepada isteri yang berzina, tetapi ditimpakan juga kepada si suami yang berzina.

5. Nabi SAW tercium bau yang amat harum ketika perjalanan Baginda SAW bersama Jibril. Nabi SAW bertanya kepada jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "Itulah kubur Masyitah". Masyitah merupakan seorang wanita yang mempertahankan aqidahnya dan sanggup mati bersama-sama keluarganya.pertahankan aqidahnya

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!