CARI DI BLOG INI

29 Ogos 2011

Raya Aidilfitri Part I : Aku Pilih Hari Raya Puasa dari Hari Kemerdekaan


Hari ni hari Isnin bersamaan dengan 29 Ramadhan untuk 2011. Esok dah confirm kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa.

Aku sebagai umat Islam pastinya akan juga menyambut hari raya.Tapi secara realitinya memang tak sampai hati nak tinggalkan Bulan Ramadhan.

Dan seperti mana semua tau hari raya kedua iaitu 2 Syawal bertembung dengan Hari Kemedekaan Negara kita Malaysia yang ke 54. Ia sesuatu yang kite perlu membahagikan mase untuk beraya dan menyambut hari kemerdekaan.

Persoalannya hari mana yang patut kita dahulukan?

Ada orang berpendapat kita kena la mendahulukan kemerdekaan negara daripada Aidilfitri. Bagi aku senang je, kita kena mendahulukan hari raya aidilfitri dari kemerdekaan negara.

Sebab apa?

Mesti ada orang cakap aku ni derhaka dengan negara. Bukan sebenarnya. Cuba kita berfikir secara rasional. Kita hanya boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Bulan Syawal iaitu selama 30 hari. Kita tak boleh raya pada bulan Safar ataupun mana2 bulan selain bulan Syawal.

Tapi kita boleh menyambut hari kemerdekaan Negara pada bila2 masa selain tarikh 31 Ogos setiap tahun. Dalam erti kata lain, kita tak sepatutnya meletakkan bendera Malaysia kat kereta atau rumah hanya pada 31 Ogos sahaja, tapi sepanjang tahun. Sesiapa yang berjiwa patriotik (bukan Patriot ye), pasti akan menyambut kemerdekaan negara sepanjang tahun.


Ini semua hanyalah pendapat aku je. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupon yang sudah tiada. Anda sendiri boleh menilai sendiri.


P/s: Orang kite hanya mahu sambut kemerdekaan 1 hari je, lepas tu mane entah dilemparkan bendera tu. Selamat Hari Raya buat semua umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

6 ulasan:

  1. Thanks :)

    Selamat Hari Raye jugak ..

    Makan lemang manyak2 nnt ..

    BalasPadam
  2. same goes when raya tiba... baru nak bermaaf- maafan.. kalau time tak raya? samalah macam merdeka kan? so, both ade kepentingan nya.. must be square lah.. ^^

    BalasPadam
  3. sokong yad'z : both ade kepentingan sendiri

    Raya : pegangan agama
    Merdeka : memartabatkan negara

    BalasPadam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)