CARI DI BLOG INI

27 Ogos 2011

Safiq Rahim dapat tawaran ke Cardiff City - Pendapat aku


KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan bersame Cardiff City.
Semalam, pemain perancang Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
Kata Safiq “Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Pendapat aku senang je, bila Safiq Rahim confirm menyarung jersi Cardiff City mungkin dia akan mengalami masalah berikut :
  • Cukai hidup di Britain sangat tinggi untuk orang luar.
  • Harga rumah di Britain tak sama dengan rumah kat Kuala Lumpur.
  • Tak pasti berapa tinggi bayaran yang akan diperolehi Safiq kat sana. Mungkin dia akan peroleh gaji 30,000 pound seminggu untuk kelab Cardiff  sebuah kelab kerdil.
  • Pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder menolak tawaran bermain di Manchester United disebabkan gaji yang ditawarkan 200,000 pound seminggu. Padahal dia mintak 250,000 disebabkan cukai di Britain terlalu tinggi. Terus tak jadi pindah.
  • Safee Sali dapat menyesuaikan diri bermain kat kelab Indon, Pelita Jaya disebabkan cukai di Indonesia lebih rendah berbanding kat Malaysia.
Ini semua hanyalah pendapat aku. Kalau dia betul dapat join Cardiff City pon tak salah. Aku tak mintak pon Safiq tolak tawaran tu berdasarkan hujah2 aku kat atas ni sebab siapa lah aku ni. Apa pun keputusan yang kita buat, pasti ada kebaikan dan keburukannya. Anda setuju bukan?

P/s: Boleh menaikkan nama Malaysia. Safee Sali dijulang sebagai wira di Indon dan cukup diminati oleh penyokong Pelita Jaya.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

4 ulasan:

  1. hurmm .

    harap dye nampak lah ape yang bakal terjadii .

    BalasPadam
  2. susah nak hidup kat London ...Klau Indon ke , Thailand Ok lagi ..

    BalasPadam
  3. susah kot.. duk 2 bulan balik r tu

    Selamat menyambut Raya Merdeka.. huuhu..
    Maaf jikalau ada salah silap..

    BalasPadam
  4. Biarlah bagi die training dulu kat sane ..
    Klau dpat , rezeki die la ..
    xde sape yg akan tolak join kelab england

    BalasPadam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)