CARI DI BLOG INI

15 Ogos 2011

Zaman Sekarang Ada Lagi Ke Manusia Yang Tak Pandai Menipu? (must read)


Tajuk artikel yang menarik bukan?

Zaman millenium ni ada lagi ke orang yang tak pandai menipu? Mustahil kalau ada orang kata dia tak pernah menipu kan. Kebanyakan orang perlu dan terpaksa menipu orang lain tak kira lah kawan baik atau saudara mara demi kepentingan diri sendiri. Yang selalunya ia berkaitan dengan bab duit.

Duit. Duit.
Sekarang ni semua orang pasti nak duit banyak. Bak kata orang2 tua, duit banyak hidup mesti senang dan bahagia. Pendek kata orang kalau nak merisik mesti nak tau menantu belah lelaki kerja apa. Ada duit ke tak.

Tapi apa yang kita nak cerita sekarang ni bukan pasal duit. Kita nak bercerita pasal tipu, penipuan, tertipu dan ditipu.

Kalau kita baca paper sekarang ni tak sah kalau takde berita pasal penipuan. Paper macam Metro Harian, Kosmo mesti ade je kalau kita perasan.

Yang menariknya mangsa penipuan tersebut terdiri  dari orang-orang besar macam penguam, doktor, pensyarah & bermacam lagi la.

Kenapa terjadi macam ni?

Tajuk berita macam ni kita biasa baca:
  • ''Penguam kerugian lebih RM100 ribu sertai Skim Cepat Kaya''
  • ''Doktor terjerat RM 66,104 masuk MLM''
  • ''Pensyarah ditipu RM 130 ribu dek pelaburan haram''
Tapi pernah tak kita terbaca kat paper macam ni :
  • ''Mat rempit ditipu pihak Skim Cepat Kaya''
  • ''Penganggur kerugian lebih RM 77 ribu sertai perniagaan MLM''
  • ''Akibat pelaburan tukaran wang asing,promoter ditipu RM 36 ribu''

Dengan jujurnya aku cakap, belum lagi aku terbaca tajuk paper macam ni. Ada sekali aku terbaca kat Kosmo ''Surirumah dirompak RM15 ribu oleh pemuda tidak dikenali''. Dia dirompak bukannya ditipu. Bermakna surirumah ni tak masuk pon skim ni.

Kesimpulannya, kebanyakan orang-orang kerja besar sekarang ni lebih mudah ditipu daripada golongan bawahan. Ini disebabkan terlalu mahu jadi jutawan segera dan terlebih pandai untuk membuat pelaburan di usia muda. Aku tak cakap semua orang cam ni, kebanyakannya la sebab arwah ayah aku dulu seorang pensyarah tapi Alhamdulillah arwah tak pernah tersangkut dalam penipuan ni.


P/s : Artikel ini bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak tapi ditulis berdasarkan kebenaran. Anda sendiri boleh menilaikan.



Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)