CARI DI BLOG INI

29 Oktober 2011

Demi Sebuah Iman Dalam Hati Yang Mudah Lalai



Ada seorang hamba Allah, si Fulan namanya. Dulu dia jahil dan banyak tak tahu tentang hukum hakam dalam Islam, yakni agamanya. Kemudian dia diberi hidayah dan taufik untuk belajar menimba ilmu agama. Sedikit demi sedikit dia ambil ilmu Islam. Sedikit demi sedikit dia berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Daripada tak pernah solat, dia solat cukup 5 waktu setelah beberapa minggu berusaha untuk mencukupkannya. Ya perasaan berhijrah itu amat manis dan rasanya tak dapat terungkap oleh kata-kata bila mengsyukuri nikmat Allah.

Hidupnya berubah, dunianya berubah, sekelilingnya berubah. Dia cuba menjaga dirinya dari lalai oleh dunia. Banyak aktiviti di dunianya dahulu disekat dirinya sendiiri kerana takut akan kembali terjerumus ke lembah maksiat. Kawan-kawannya ramai melihat perubahannya, dari segi sikap, perkataan, perbuatan atau zahirnya. Setiap hari dia tak pernah jemu mencari walau sedikit ilmu agama. Mulutnya dilatih supaya menyebut Allah, Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah serta beberapa ayat zikir dan bacaan Al-Quran supaya tidak lagi mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Matanya dijaga supaya tidak lagi memandang yang haram. Di dunia serba moden ini, banyak sungguh dugaan mata dan hati. Ramainya wanita berbogel walau berpakaian di jalanan membuatkan dia terpaksa jalan tunduk melihat tar-tar jalan raya sahaja sambil sesekali melihat ke hadapan. Telinganya cuba dijaga dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan kata-kata kesat serta lucah yang diucapkan kawan-kawannya yang masih lagi terbuai di arus dunia moden. Jika boleh segala perbuatannya hendak dijaga dan disekat dari melakukan kesalahan. Ia usaha yang amat sukar, tapi sangat berharga.

Apabila dalam hatinya disematkan Allah dan Islam, cintanya pada dunia makin luput. Walaupun dia seorang graduan universiti dan masih sedang mencari pekerjaan, dia tidak risaukan langsung tentang rezekinya kerana dia yakin Allah ada bersamanya memberi rezeki. Bukan terlalu memilih dan bukan mengada-ngada, cuma dia rasakan hatinya dan dirinya perlu dijaga sebaik mungkin dari arus keduniaan ini. Dia sangat takut untuk bekerja di dunia luar yang penuh dengan segala kelalaian. Dia terlalu cintakan iman yang diperolehi, lalu dia tekad untuk memilih kerjaya dan tempat kerja.

Dalam pemikirannya dia ingin bekerja di masjid, tak kira gajinya sedikit pun dia sanggup. Itu pilihan pertamanya kerana dia akan rasa sejuk hati apabila sentiasa berada di dalam rumah Allah dan dia akan bekerja dalam suasana yang tiada ‘wanita berbogel’ yang dapat merosakkan mata dan hatinya. Jika dia diterima sebagai pembersih masjid pun dia sanggup kerana dia tahu setiap kotoran yang dibersihkan pada masjid itu Allah akan balas dengan ganjaran hebat di syurga. Dia memang ingin sentiasa dekat dengan Allah walau dalam pekerjaannya. Di samping itu dia boleh solat secara berjemaah dan mendapatkan ilmu agama yang banyak dari situ.

Terdetik dalam hatinya untuk bekerja di jabatan agama atau majlis agama yang ada dalam negara ini. Itu pilihan keduanya. Kali terakhir dia pergi ke jabatan agama untuk memohon kerja, dia lihat suasana di sana sangat menyejukkan hatinya, para pekerja lelaki dan wanita semuanya menutup aurat dengan baik. Jadi tiada sangat godaan dari golongan bukan mahramnya. Tapi apa yang menyedihkannya, dia tak pernah ada walau segulung diploma atau ijazah dalam bidang agama yang dicintainya. Memikirkan tentang menyambung pelajaran dalam bidang agama untuk melayakkan dirinya bekerja di tempat sebegini, dia tidak mahu lagi berhutang, cukuplah dengan apa yang ditanggung kini.

Umurnya kian lanjut dan dia masih belum berkahwin. Sepatutnya dalam umur dia yang sekarang, dia sudah patut bekerjaya dan berkahwin. Tapi dia terima semua ini sebagai satu ketentuan dari Tuhan. Ramai kawan-kawan dan sahabatnya sudah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan ada juga telah mempunyai zuriat, namun dia hanya pasrah menanti ketentuan Tuhan. Dia sebenarnya ingin sangat berkahwin kerana dia hendak menjaga kemaluannya, matanya, hatinya, dari godaan sang hawa dan nafsu. Selain itu dia ingin meningkatkan iman kepada Allah dengan berkahwin, yakni memenuhi sunnah Rasulullah dan dia dapat membuat apa-apa perkara bersama isteri dan pastinya pahala milik mereka yang berkasih sayang sambil mengamalkan ajaran Islam.

Dia tak kisah jika isterinya tak pandai agama atau perlukan bimbingan kerana dia sendiri dahulu seorang yang lalai. Dalam dirinya tersemat satu impian ingin mendidik isterinya dan menjaganya dengan baik seperti amanah yang akan diberi oleh bakal bapa mertuanya. Impiannya hanya satu, ingin hidup bersama dengan isterinya di dunia dan akhirat kekal di dalam syurga selamanya. Dia ingin didik dan jadikan isterinya wanita solehah dan dia ingin redha terhadap isterinya yang diajar tentang Islam yang indah. Semuanya hanya impiannya yang amat tinggi dan ikhlas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hatinya.

Kini, dia hidup dalam dunianya yang sepi dari manusia, mengurung diri dalam rumah dan amat jarang sekali untuk keluar bersosial bersama rakan-rakannya. Dia ingin menjaga nikmat iman dan islam yang diberi. Walau ibu bapanya kadangkala ‘bising’ kerana faktor usianya yang perlu keluar mencari pekerjaan untuk hidup di masa hadapan, dia masih tetap membisu. Dia meluahkan isi hatinya tentang agama Allah dalam dunia mayanya, berkongsi ilmu dan pahala bersama orang lain. Dalam hatinya dia bersedih atas apa yang ditimpa padanya, tapi apabila dia ingat Allah dan bersujud padaNya, keresahan dalam hatinya hilang dan dia menjadi syukur. Katanya, “Wahai hati, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita”.

P/s : Segera bersihkan hati seperti kita semua keluar dari perut ibu.Ketika itu kita bagaikan kain putih.Tiada langsung dosa ketika itu.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Fakta-Fakta Yang Sangat Menarik Part 2


Salam 1 Malaysia semua.Hari tu aku ade post Fakta-Fakta Menarik Part 1 KLIK SINI. Post kali ni pula Part 2 punye.Selamat membaca semua.
  1. KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. 
  2. KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
  3. Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel digunakan ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.
  4. Ratu RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.
  5. Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.
  6. JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
  7. Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.
  8. Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau, sekaligus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
  9. Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1
  10. Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.
  11. BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .
  12. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  16. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  17. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  18. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  19. simbol mata wang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?
  20. Sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.
  21. World Wide Web diperkenalkan pada tahun 1989, Beatles dibentuk pada tahun 1959, Nestle memperkenalkan produk kopi instan pada tahun 1938.
  22. Semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
  23. Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
  24. Pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.
  25. Bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
  26. Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
  27. Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
  28. Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
  29. Terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
  30. Gajah menghabiskan masa selama 23 jam untuk makan.
  31. Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
  32. Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.
  33. Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.
  34. Tahukah anda bahawa mulut kita menghasilkan 1 liter air liur setiap hari…
  35. Jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki
  36. Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktifiti:
  37. Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
  38. Darah mengalir 1,680,000 batu.
  39. Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
  40. Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
  41. Menghabiskan 2.9 pounds air
  42. Menghabiskan 3.25 pounds makanan
  43. Menghisap 438 kaki kubik udara
  44. Menghasilkan 1.43 pints keringat
  45. Berbicara sebanyak 4,800 perkataan
  46. Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.
  47. Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.

P/s : Memang fakta, terfaktab.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

27 Oktober 2011

Fakta-Fakta Yang Sangat Menarik Part 1



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 


5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


P/s : Tak pernah terpikir semua ni tapi yang penting ianya FAKTA!
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

26 Oktober 2011

19 Hari Menuju ke UiTM Shah Alam - Aku 19 Tahun dan MAN UTD 19 Champions

Ketika aku menulis entri ni, aku baru menempuh 1 bulan 25 hari selepas aku menerima surat tawaran dari UiTM untuk melanjutkan pelajaran. Pada 15 September, aku buka website UiTM then semak keputusan dan alhamdulillah aku akhirnya diterima ke UiTM selepas gagal mase percubaan pertama aku memohon. Man Utd tak kena mengena pon dengan entri ni. Harap mklum la team aku baru je menang kali ke 19. Hehe.


Aku ditawarkan pengajian dalam bidang Penulisan Artistik sepenuh masa dibawah Diploma Teknologi Kreatif di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana. Aku memang target untuk course ni sebab aku memang minat dalam menulis blog dan membangunkan website. Cuma masa ni aku tak berkesempatan untuk membuat website sendiri. Jika ada, mungkin address dia seperti ini unitesahaje.com. Same macam blog ni tapi tak mengggunakan word blogspot. Member aku di UiTM pernah inform, kalau nak mohon Poli or UiTM, course yang kau target kena letak kat pilihan ke4. Aku ikut cara dia dan hasilnya course ni yang aku dapat. Korang lepas ni ikutla cara ni tau.




19 Hari sebelum mendaftarkan diri di UiTM. Umo aku sekarang 19 tahun. Mungkin kebetulan, aku terdetik utk menulis entry pasal ni ketika 19 hari je akan mendaftar di sana dan selepas Man United juara kali ke 19. Aku dan member2 aku akan mendaftar di sana pada 16 November bermula 9 pagi. Tengok no. matrik aku, unik kan? Hehehe




Tapi yang sebenarnya aku sendiri  jujur BELUM BERSEDIA nak sambung belajar. Aku takut gagal memberi tumpuan penuh utk belajar. Ramai kawan2 aku yg berada di UiTM ketika ini memberi seluruh focus tapi pointer semester diorang tak berape menepati harapan diorang. Ramai antara diorang dapat 2.4 - 2. something. Aku dah berjanji nak capai 4.0 Flat every semester. Tapi aku takut akan jadi macam diorang. Aku langsung tak berniat nak burukkan diorang. Klau ak berniat nak burukkan, of course aku sebut nama kan.

Sebelum ni, akak aku pon pernah belajar di UiTM sehingga peringkat degree. Dia mengikuti program diploma di UiTM Kota Samarahan dan Degree di UiTM Shah Alam. Aku berjanji ngan diri aku sendiri utk jadi seperti dia. Ekoran prestasi akademik yg memberangsangkan, pointer keseluruhan sebanyak 3.49, dia diterima kerja di syarikat induk TM Malaysia sebagai HR Executive pada 2008.

Dia menjadi kebanggaan arwah ayah, keluarga dan aku sendiri. Semestinya.


P/s: Nak jadi student yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.


Update: Alhamdulillah, aku gapai anugerah Dekan di semester lima. KLIK SINI. 

Update: Berakhirlah kisah diploma aku di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81. KLIK SINI.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

25 Oktober 2011

Pendapat Aku Tentang Kemalangan Marco Simoncelli Di Litar Sepang (Gambar Selepas Accident)

Dunia sukan permotoran dikejutkan dengan kehilangan satu nama besar dalam sukan ini iaitu Marco Simoncelli.KLIK SINI. Lebih dikenali sebagai The Sic yang begitu akrab dengan The Doctor (Valentino Rossi). Dianggap media massa sebagai adik dan abang. Menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 24 tahun pada 4.56 Petang pada 23 Oktober 2011 di Sepang International Circuit (SIC). Adakah ini kebetulan ataupun suratan? Marco baru sahaja melancarkan laman web sendiri KLIK SINI. Dia juga antara pelumba yang digemari ramai kerana sikapnya yang mudah mesra dengan peminat-peminatnya.


Marco baru sahaja menaiki podium di MotoGP Australia minggu lepas. Dia ketika itu menduduki tempat kedua hanya ketinggalan 2.1 saat dibelakang juara dunia musim ini, Casey Stoner. Sepanjang kariernya dia berjaya menaiki 2 podium dan 2 petak pertama. Dia memulakan MotoGP Malaysia dengan petak ke 5. Kedudukan Marco dalam MotoGP musim ini berada ditangga ke 6 dengan mengumpul 139 mata berkongsi mata dengan Valentino Rossi.







Rambut Afronya cukup dikenali ramai..


Kedudukan The Sic dibawah motor Rossi dan Edwards.

Keadaan racing suit The Sic selepas kemalangan.


Keadaan motor The Sic selepas kemalangan.

SIC terjatuh ketika diangkat oleh Marshall SIC?

Rossi kelihatan bersedih diatas kehilangan rakan yang dianggap sebagai pewaris dan adiknya itu.

Gambar kenangan antara Rossi dan mendiang Simon.


Jika diperhatikan melalui video yang sempat dirakamkan ketika kemalangan tersebut, berkemungkinan The Sic jatuh pengsan ketika mengambil selekoh ke 11 di Litar Sepang kemudian terjatuh ke motor Edwards dan Rossi. Edwards yang turut kemalangan tidak mengalami kecederaan serius. Selain itu, helmet The Sic turut tercabut ketika kemalangan maut itu. Menurut Penganjur Litar Sepang, Mendiang kemungkinan pengsan disebabkan keadaan suhu Malaysia yang agak panas. Apa pun, satu nama besar dalam sukan permotoran ini telah menjadi lagenda di hati peminatnya di Malaysia.



Ramai di Facebook & Twitter menyalahkan Edward dan Rossi. Bagi aku mereka langsung tidak bersalah. Jika dilihat video, Edwards sedaya upaya cuba membrek tapi gagal dalam kelajuan 250km/j. Rossi pula mungkin tidak perasan insiden itu dan memberikan tumpuan penuh dalam pemanduannya. Ia merupakan kesilapan Marco sendiri memandangkan dia overlap dan dia tau dia akan terbabas tapi dia memilih untuk tidak melepaskan motor dia. Dia patut melepaskan motornya dan dia mungkin akan melayang ke kawasan rumput. Dan aku rasa helmetnya tercabut disebabkan pelanggaran dengan Rossi. Ini hanyalah pendapat aku. Sesungguhnya ajal dan maut itu ditangan Allah SWT.

P/s :Aku tabik sama Rossi cara professional dia mengawal motornya daripada terbabas. Marco seorang pemandu muda yang berbakat. Masih belum diputuskan siapa penggantinya dalam  team San Carlo.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

24 Oktober 2011

Marco Simoncelli Maut Dalam Perlumbaan MotoGP Di Litar Sepang


SEPANG, 23 Okt – Penunggang Honda Marco Simoncelli meninggal dunia kerana cedera parah dilanggar dua pelumba lain dalam perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepangg di sini petang ini.


Dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Simoncelli berusia 24 tahun. Dalam pada itu, perlumbaan dibatalkan berikutan kematian Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua.


Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia. Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Dr Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC, lapor Bernama Online.

Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan ekoran ketenangannya mengawal motornya daripada terbabas - The Malaysian Insider


Video :



P/s : Aku sendiri yang berada kat Litar tu tak tahu kemalangan ni membawa maut. Aku ingat hanya kemalangan biasa2 je. Then aku balik rumah baru tau.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

22 Oktober 2011

Pedrosa Teruskan Penguasaan Latihan Akhir



SEPANG – Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa meneruskan penguasaannya dalam sesi akhir latihan bebas pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang hari ini.

Pelumba Sepanyol berusia 26 tahun itu mencatatkan masa dua minit 1.769 saat, iaitu kelebihan 0.265 saat mengatasi pelumba Itali Marco Simoncelli daripada pasukan San Carlo Honda Gresini.
Rakan sepasukan Pedrosa, Andrea Dovizioso dari Itali berada di tempat ketiga dengan catatan masa 2:02.081s, manakala juara dunia MotoGP musim 2011 yang baru dinobatkan, Casey Stoner dari Australia muncul pelumba keempat terpantas dengan catatan masa 2:02.169s.

Sesi ketiga latihan bebas MotoGP berlangsung dalam keadaan cuaca kering dengan suhu pada 29 darjah Celcius manakala suhu litar perlumbaan adalah 40 darjah Celcius.
Sesi kelayakan MotoGP akan berlangsung 1.55 petang ini. – BERNAMA

P/s : Esok kita jumpe ye Dani Pedrosa.Dapat tiket free punye pasal.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!