CARI DI BLOG INI

04 Oktober 2011

Acer Aspire S3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM2599






Acer Malaysia telah melancarkan ultrabook mereka di Malaysia iaitu Acer Aspire S3. Acer Aspire S3 akan mula dijual hari ini dengan harga RM2599 dan yang menariknya 15 pembeli bertuah boleh mendapatkan ultrabook ini dengan potongan sehingga RM1000 pada hari ini.



Antara ciri Acer Aspire S3 ialah, cip pemprosesan dalam variasi Intel Core i3, i5 dan i7. Reka bentuk Acer Aspire S3 yang nipis dan ringan, setebal hanya 13mm sahaja pasti membuatkan orang ramai terjua untuk mendapatkannya. Acer Aspire S3 mempunyai masa bertahan 7 jam serta menggunakan Windows Home Premium sebagai sistem operasi utamanya.

Acer Malaysia juga akan menawarkan Acer Aspire S3 versi Intel Core i7 di Malaysia pada November nanti pada harga RM3999.


P/s : Kalau korang perasan, memang rekabentuk nye seakan akan seperti produk Apple,Macbook Pro Air. Tapi belum kedengaran lagi Apple saman Acer, maknenye S3 ni tak tiru Macbook Pro Air la kan?

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)