CARI DI BLOG INI

07 Oktober 2011

Bekas CEO Apple, Steve Jobs Meninggal Dunia

Berita yang mungkin agak mendukacitakan ramai pengguna dan dunia teknologi sendiri, dimana hari ini Apple telah mengeluarkan kenyataan memperkatakan Steve Jobs telah pun meninggal dunia. Bekas CEO Apple ini telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia perkomputeran, dan telefon pintar, dan teknologi secara amnya.
Seperti sedia maklum, sebelum ini, Steve Jobs telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO, dan digantikan oleh Tim Cook, yang telah pun mempersembahkan iPhone 4S kepada umum sebelum ini.
Kebijaksanaan Steve Jobs telah pun mempertingkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia, dan pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau selama bertahun-tahun.

P/s : Kita disajikan dengan kehebatan teknologi daripada Apple Inc. yang mane Steve Jobs menjadi tulang belakang utk semua tu. Kini tiada lagi si genius ini.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)