CARI DI BLOG INI

09 Oktober 2011

HTC Memperkenalkan HTC Sensation XE Dengan Teknologi Beats

Setelah pembelian sebahagian pegangan dalam Beats Electronics, kini hari ini HTC secara rasminya memperkenalkan peranti baru mereka dari keluarga HTC Sensation, iaitu HTC Sensation XE yang mana juga merupakan peranti pintar mereka pertama yang menggunakan teknologi audio Beats.



Melalui HTC Sensation XE, ianya membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.5GHz, dan membawakan kualiti audio yang amat tinggi, sesuai untuk mendengar lagu, bermain permainan dan sebagainya. Sensation XE turut sama membawakan skrin seluas 4.3 Super LCS qHD sama seperti versi sebelumnya, serta kamera 8-megapixel di belakang, dan kamera hadapan VGA untuk panggilan video dan sebagainya.
Harga jualan HTC Sensation XE di Malaysia masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut HTC, jualan peranti tersebut di rantau Asia Pasifik akan bermula daripada penghujung bulan September ini.



P/s : Dengan dilengkapi teknologi beats, kelajuan 1.5GHz, sangat berbaloi untuk memilikinya dengan harga RM1999.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)