CARI DI BLOG INI

07 Oktober 2011

Mamat Sepah Ditinggalkan Fida , Disingkirkan oleh Sepahtu



KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan Raja Lawak Sepah, Mohd Noor Murad, atau lebih dikenali sebagai Mamat akhirnya ditinggalkan kekasih terbarunya, Fida, akibat tindakan teman lelakinya itu memuat turun gambar peribadinya yang tidak bertudung di internet. Klik SINI.

Gambar tersebut yang memaparkan Fida tidak bertudung ketika bercuti bersama Mamat dan keluarga mereka di Singapura.

“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu,” kata Fida yang dipetik dari laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, di sini hari ini.
Selain itu, Fida mengharapkan agar Mamat dapat menerima kenyataan tersebut dan meminta agar bekas teman lelakinya itu memahami tindakannya yang memutuskan hubungan istimewa antara mereka.

Bagaimanapun, Fida menjelaskan bahawa dia tidak akan menolak sekiranya ditawarkan untuk bergandingan dengan Mamat di dalam filem atau drama serta mengharapkan agar artis komedi penuh konstroversi itu masih boleh bekerja dengan profesional tanpa mengaitkan masalah peribadi.
“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini,” tambahnya lagi.

Berhubung perkembangan lanjut mengenai Mamat, dia juga turut disingkirkan dari kumpulannya sebelum ini setelah dua orang bekas kumpulan itu menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama ‘Sepahtu’ di bawah syarikat MW Entertainment Sdn Bhd yang dimiliki oleh penyanyi, Mawi.
Mohd Nadzri Zainal (Jep Sepah), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib Sepah), 27, menubuhkan kumpulan tersebut pada September lalu tanpa Mamat yang dikatakan sering bermasalah sebelum ini.

Menurut mereka, mereka sudah serik dengan sikap Mamat dan sudah berkali-kali memberi peluang kepadanya untuk berubah.“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan,” kata mereka kepada media baru-baru ini.
Kumpulan Sepah yang merupakan juara Maharaja Lawak yang dianjurkan Astro sebelum ini berjaya menarik perhatian juri profesional, Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek untuk dinobatkan sebagai kumpulan lawak paling hebat di dalam industri tanahair.

P/s: Berita baik untuk aku sendiri. Hahaha. Fida dah single sekarang.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

3 ulasan:

  1. hahaha...aku dr dulu memng tak suka mamat ni...

    BalasPadam
  2. asl aku add twitter ko tak leh?ko add la ak..nnty ak add ko..

    BalasPadam
  3. Ape name twitter kau ?? bakdatang kat aku ...

    Owhh ko ade twitter,engat ke xde ..hahahaa

    BalasPadam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)