CARI DI BLOG INI

22 Oktober 2011

Pedrosa Teruskan Penguasaan Latihan Akhir



SEPANG – Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa meneruskan penguasaannya dalam sesi akhir latihan bebas pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang hari ini.

Pelumba Sepanyol berusia 26 tahun itu mencatatkan masa dua minit 1.769 saat, iaitu kelebihan 0.265 saat mengatasi pelumba Itali Marco Simoncelli daripada pasukan San Carlo Honda Gresini.
Rakan sepasukan Pedrosa, Andrea Dovizioso dari Itali berada di tempat ketiga dengan catatan masa 2:02.081s, manakala juara dunia MotoGP musim 2011 yang baru dinobatkan, Casey Stoner dari Australia muncul pelumba keempat terpantas dengan catatan masa 2:02.169s.

Sesi ketiga latihan bebas MotoGP berlangsung dalam keadaan cuaca kering dengan suhu pada 29 darjah Celcius manakala suhu litar perlumbaan adalah 40 darjah Celcius.
Sesi kelayakan MotoGP akan berlangsung 1.55 petang ini. – BERNAMA

P/s : Esok kita jumpe ye Dani Pedrosa.Dapat tiket free punye pasal.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)