CARI DI BLOG INI

11 November 2011

Toyota Avanza Baru Lebih Sporty Dilancarkan di Indonesia (Gambar)



Toyota Avanza Veloz 2012
Toyota Avanza merupakan sebuah model yang sangat popular dan laris di Indonesia, begitu juga di Malaysia. Mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2004, pelbagai penghargaan dan pengiktirafan telah diberikan untuk model MPV mampu milik itu atas kemampuannya mencipta fenomena tersendiri di dalam segmennya.
Toyota Avanza merupakan sebuah MPV tujuh tempat duduk yang menjadi pilihan bagi mereka yang sudah berkeluarga. Ia digerakkan oleh enjin yang terbukti menjimatkan, selain ruangnya yang luas menjadi faktor utama mengapa ia terus mendapat tempat di hati rakyat Indonesia. Jualannya di sana sehingga Oktober 2011 telah dicatatkan sebanyak 681,035 unit, yang mana merupakan angka penjualan tertinggi dalam waktu singkat.
Toyota Avanza Veloz 2012 (interior)
Sebagai salah satu bentuk penghargaan dan terima kasih Toyota kepada pelanggan dan pencinta Avanza di atas sokongan yang sangat luar biasa, Toyota Indonesia baru-baru ini telah melancarkan generasi baharu Avanza 2012. Diperkenalkan dalam dua versi iaitu Avanza (All New Avanza) dan Avanza Veloz (All New Avanza Veloz), ia tampil bergaya dengan rekaan terbaru lebih sporty dan maju, namun masih mengekalkan kefungsian asalnya.
Toyota Avanza 2012 baharu didatangkan dalam lima varian : 1.3 E M/T dan A/T, 1.3 G M/T dan A/T, serta 1.5 G MT. Manakala Toyota Avanza Veloz 2012 hadir dalam satu varian tunggal 1.5 Veloz. Lapan pilihan warna ditawarkan untuk Avanza 2012 baharu, antaranya ialah : Black Metallic, Silver Mica Metallic, Gray Metallic, Champagne Metallic, Dark Steel Mica, Light Blue Metallic, Maroon Mica, dan White. Sementara Avanza Veloz hadir dalam 4 pilihan warna : Silver Mica Metallic, Dark Steel Mica, White dan Black Metallic.
Untuk pasaran Indonesia, Toyota Avanza 2012 dilancarkan bersama-sama model Daihatsu Xenia 2012 baharu yang terhasil dari kolaborasi antara tiga syarikat, iaitu Toyota Motor Corporation, Daihatsu Motor Company dan PT Astra International. Menggunakan platform yang sama, masih terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua model di bahagian luaran dan dalaman.
Berita baiknya untuk rakyat Malaysia, Toyota Avanza 2012 baharu yang dilancarkan di Indonesia itu juga bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, merujuk kepada foto spyshot yang berjaya dirakamkan sebelum ini. Namun masih belum ada tarikh rasmi bila pelancarannya akan diadakan, berkemungkinan besar pada awal tahun hadapan.
P/s : Kilang Toyota di Japan menyiapkan sebuah kereta hanya dengan masa 4 saat.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)