31 Disember 2011

Review filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen




Filem Suatu Malam Kubur Berasap ni merupakan buah tangan pertama terbitan pertama oleh OuTLOud Studios. Saudara Ernie Chen merupakan pengarah, lakon layar dan penerbit untuk filem ni. Filem ni ditayangkan mulai 22 Disember lalu.


Sebenarnya aku berpeluang menonton filem ni lebih awal sebab hari tu 5 dan 6 Disember budak Sem 5 ada buat event yang dinamakan Malam Promosi Filem. 2 Filem ditayangkan iaitu fiem ni dan Bujang Terlajak arahan Dekan aku, Prof Madya Razak Mohaideen. Aku berpeluang menonton filem Bujang Terlajak je pasal aku terlepas bas masa tayangan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Event ni dilangsungkan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
KLIK SINI.MY SENIOR NYE BLOG.


Selepas malam promosi, Ernie Chen ni datang ke UiTM aku, Puncak Perdana. Dia nak ceritakan sket la mengenai filem pertama dia ni. Dia bagi ucapan yang membuatkan aku nak pergi tonton filem ni kat panggung. Di akhir ucapannya, dia bagitau semua yang dia yakin dan konfiden yang filem ni akan mencapai kutipan minima RM 4 juta. Maknanye paling siket pon 4 juta dia boleh dapat. 



Mase ari Selasa lepas 27.12.2011, aku ngan ehem2 aku pergila tengok filem ni kat GSC, Terminal One. Memang sangat excited mase nak beli tiket tu. Nasib tiket murah mase tu sebab aku bawak kad matrik, takde kad macam 'dia' 7 hengget.


So lepas aku tengok filem ni, terdetik lak aku nak buat REVIEW pasal filem ni. Best ke Tak ?


REVIEW 7 ALWAYS :

Filem bergenre seram komedi ni sebenarnya hanya menarik dari segi tajuk filem, pelakon dan sinopsis. Aku bukan berniat mengutuk filem ni, tapi terus terang aku masa dalam panggung bertanya pada diri sendiri, bila nak habis citer ni?

Filem ni menampilkan produk Raja Lawak seperti Angah, Along, Azrul, Faiz dan Wira. Selain tu menampilkan permata baru, Nurul Ain. Filem ni merupakan filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail.

Angah Raja Lawak memikul peranan sebagai Atan, penggali kubur yang lurus bendul dan seorang cucu yang baik. Watak diadaptasi dari watak Fei Mau dari drama Jepun kurang menyengat. Rasenya watak Angah dalam Adnan Sempit lebih kelakar.

Along Raja Lawak sebagai Bun yang tak betul pemikirannya. Seorang kutu rayau yang takde hala tuju hidup. Bawak motor honda Cup dan mengorat awek kilang, itu la modal dia. Tak berapa lawak dia ni. Bila terserempak ngan hantu, dia baca alif, ba, ta. Ok la tergelak gak aku.

Jalan cerita pon susah nak layan. Memang kurang menyengat. Komedi yang ditampilkan tak kena dari segi penyampaian. Susah nak buat satu panggung ketawa.


Watak Azrul sebagai pemandu lori yang sengau suaranya pon susah nak buat orang ketawa. Aku  gelak pon sebab diorang lintang pukang bila terserempak ngan hantu Siti.


Cerita pasal Siti pulak. Watak yang dibawa oleh Alumni UiTM aku, Nurul Ain sebenarnya hantu yang meminta tolong Atan dan Bun untuk sempurnakan jenazahnya. Dia dirogol oleh 2 samseng kampung (x berapa nak samseng sangat) dan dibunuh selepas itu. Mungkin  scene dia mandi separa bogel kat sungai tu gimik nak tarik penonton ke panggung.


Lagi satu, aku sebenarnya x tau ape function hantu cina tu. Baik takde pon takpe.
Satu scene jer aku mampu tergelak mase produksi mencari hantu tu kelam kabut bila hantu Siti muncul.


Banyak dialog yang tipikal dan recycle. Maknenya dialog dia banyak kita boleh lihat dalam filem lain. Itu Fakta. Scene juga banyak menyamai Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kene kejar hantu, mimik muka ketakutan kena kejar. Filem ni jauh kalau dibandingkan ngan Hantu kak Limah.


Secara keseluruhannya, filem ni layak mendapat 2/5 bintang. Apa pon ini percubaan berani dari pengarah Ernie Chen julung2 kali mengarah filem yang majoritinya merupakan pelakon melayu. Aku bukan nak kutuk filem ni or nak mengacau mood korang nak tengok filem ni. Aku tak tulis pon suruh korang jangan tengok filem ni. Semua ni hanyalah pendapat aku je. Korang semua boleh menilai sendiri.


P/s : Laman blog Ohartis.com dok puji2 filem ni terbaik,tu sebab aku beli tiket. Sebenarnya diorang dibayar untuk entry tu. Lol.

8 ulasan:

  1. Yeah totally agree saya pun dah tgk movie ni,just okay2 ja tak sebest yg diexpectkan.

    BalasPadam
  2. Yup..tak berapa best seperti yg digembar gembur..right ?

    BalasPadam
  3. Review kat blog ohartis tu kadang2 takleh pakai jugak...tak tengok lagi citer nie tapi trailer dia macam bezt jer...kalo tak best, maknanya indah khabar dari rupa jer lah

    BalasPadam
  4. tu la..dia ckap bila tgok filem ni gelak x abes dari mula to ending..hahah propa jer...

    BalasPadam
  5. hahha... alif ba ta alif ba ta..

    BalasPadam
  6. erm...dah tengok citer ni. mmg x best pon huhu..mujur x tengok kat wayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Barangkali citer melayu mmg camni. tpi tak semua.

      Padam

Takkan Baca Je, Komenlah. Heee :)

SUKA ENTRI INI? TWEETLAH