CARI DI BLOG INI

18 November 2012

Pendapat Pakar untuk Free Mcd Breakfast esok. Perlu Boikot ke?


Salam pembaca.
Esok 19 November, Mcd Malaysia telah membuat tawaran egg muffin free untuk semua rakyat malaysia. Bermula pkul 7 pagi sampailah pukul 10 pagi. 200,000 burger seluruh Malaysia, 1 branch 1,000. Sorang dapat satu burger tanpa apa2 pembelian. Agak2 nya pukul 8 lebih dah habis, benda free sume org suke.



Umum tahu, Mcd sebuah syarikat dari USA sekutu bersame Israel yang hebat menyerang Gaza, Palestin sebuah negara Islam. Ramai kanak2 tidak berdosa terbunuh tanpa belas kasihan.

Masalahnya skrang, kita sebagai orang Islam, bolehkah kita ambil burger tu makan?
Kat facebook, ramai yang mengecam tindakan Mcd bagi burger free yang dilihat seperti meraikan kejayaan Israel yang menyerang Gaza pada awal Muharam. Tahun baru maal hijrah. Ada yang kata, rezeki yang diturunkan Allah, wajib kita terima. Ada yang kata, kalau kita tak ambil burger tu pun, perang di Gaza tetap berjalan dengan lancar. Memang betul rezeki Allah dan perang tu still go on.


Tapi sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan effort kita menentang Israel even kita tak dapat pegi sane memberi bantuan. Kan itu lebih bagus daripada kita beratur bersesak2 nak dapat satu burger je pon. Perlahan-lahan kita elakkan daripada menggunakan produk2 kat atas ni. Kempen ni sbnarnya dah lame dah, cume kesedaran tu je tak smpai kat kita ohh. Ini bukan pendapat pakar, tapi pandangan daripada aku sendiri. Tapi kalau nak makan, makan je lah sebab kita sndri mempunyai cara yang berbeza untuk support saudara2 kita kat bumi Palestin seperti berdoa kesejahteraan mereka janji niat tu bukan untuk meraikan kejayaan mereka pada 1 Muharam. Berniat je lah makan sebab nak isi perut yang kosong.


P/s : Aku tak pegi Mcd esok. Tak nak.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 November 2012

Terasa nak angkat satu iPod Touch yang latest tu.

Salam semua. 
Lama ni tak menulis. Masih lagi dalam mood result uitm. Ramai yang tanya pointer bape, aku just jawab dapat 4 A je ohh. No repeat. Not DL. Haha.

Bila dah ada duit lebih ni, tangan ni terase gatal nak buang duit tu. Dalam ahti ni terfikir, kalau ada mp3 player, pastu ada earphone beats sangat awesome gak. Then, terlintas sekejap, Mp4 Sony ngan beats solo HD. Ermmm. Bukak fb jap, ada review pasal Apple iPod Touch baru. 5th Generation?




Yes, aku akan dapatkan peranti cam best ni. Sekali dalam set, apple punya earpods yang baru ohh. Earpods yang same didatangkan untuk diorang nyer smartphone iPhone 5. Sangat best audio stereo dia. Setaraf ngan beats, kata Khai (Oh Media). Harga dia around RM1049 utk 32GB. Memang berbaloi sebenarnya.

Tapi masalah sekarang ni pasal kaler lak, rambang mata ohh. Nak kuning or merah ? Dua2 cantik sebenarnya. Ermm. Tengoklah nanti bila dah sampai kedai machines tu. 


P/s : Seorang yang suka mengabadikan inspirasi melalui muzik. Haha ayat tak boleh blar.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

24 Oktober 2012

Lepak bersama Trio, Terjumpa Empat Kawan2 UNIKOP Gombak.

Salam semua.
Tiga hari lepas, aku ngan Helmi saja2 pegi meronda Shah Alam. Ingat nak ajak Hairi  si besday boy ngan Fared Taiseng melepak-melapak.
Plan mule nak lepak Restoran Barra yang kini heboh diperkatakan ramai, (cehh ayat dia) punyalah ramai orang time tu. Padahal mana ada bola apa2 pon. Suatu kepelikan disitu sebenarnya.
Lepas tu pergilah satu port ni belakang Unisel. Maka, lepaklah kami bertiga makan. Cantik dan menyenangkan restoran tu ditambah ngan angin malam selepas hujan ohh. Ya, sangat sejuk rasa macam kat Manchester ari tu. (Bajet gi oversea je)

Baru makan sesudu, terpandang satu sudut ni. Ya, kawan lame from Unikop College, kampus aku dulu kat Gombak. Mula2 nmpak Syahir Ezzandar. Kat belakang dia ada Ezzati, Dyba Hooperz ngan Syahidy Torres berjalan ke arah aku.


Kalau ikutkan, kali terakhir aku jumpe dorang masa hantar surat berhenti kolej. Sebab berhenti tak perlu dinyatakan. Hee. Seingat aku lah, mase tu bulan 10 tahun 2010. Memang agak lame lah di situ kan. So, bila tibe2 jumpe kat Shah Alam, bandar aku belajar, suatu keadaan awkward berlaku disitu. Tergamam, terkejut, tak tau nak cakap ape. Dorang sebenarnya baru abes final exam sem 5. Sangat jeles sbb hanya menunggu result dan konvo, aku baru je nak masuk sem 3.

Hanya mampu snap gambar sebagai pengubat rindu di ahti. (ayat sumpah takboleh blar kan.) Gambar Diba lupa nak snap sebab nak cepat. Anyways, sayang korang semua. Dah lame, maseh ingat lagi diri ni ohh. Hee. Gambar pakai camera BB je, kualiti tidaklah memberangsangkan. 


P/s : Ramai kawan lama lagi yang takde kesempatan nak jumpe. Kawan2 sekolah, kerja kilang Sony dulu, keje Jab. Perangkaan dulu, bla bla bla bla.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

12 Oktober 2012

7, 3, 1 Hari dan Tanda Akhir Sebelum KEMATIAN.

Artikel ni adalah kesinambungan dari entri 100 & 40 hari sebelum kematian. KLIK SINI.

7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari Akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di bahagian belakang mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Penutup ::: Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 
Sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap kita sekeluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiapkan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap kerana umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Sumber : mangges.blogspot.com


P/s : Sementara masa masih ada ni, jom sama2 kita muhasabah diri ke arah lebih baik. Kita asalnya diciptakan daripada tanah, di situ juga kita kembali.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

100 hari dan 40 hari petanda sebelum berlakunya KEMATIAN. (must read)

Salam semua.
Tadi aku terbaca satu artikel dalam satu blog ni, menceritakan tanda-tanda akhir manusia sebelum berlakunya kematian. Jadi sempena hari jumaat yang mulia ini aku nak kongsikan untuk korang juga.

100 hari sebelum hari kematian.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Sumber : mangges.blogspot.com

P/s : Sementara masa masih ada ni, jom sama2 kita muhasabah diri ke arah lebih baik.

Update: Tips terbaik untuk anda lupakan bekas kekasih yang mungkin masih ada rasa sayang. KLIK SINI.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

25 September 2012

Sebab Lelaki Jatuh Cinta Dengan Wanita (must read)

Salam semua.
Jom kita tengok apa yang membuatkan lelaki boleh jatuh cinta dengan seseorang.

Kredit gambar: Honeykoyuki.blogspot.com
1.Personaliti Seseorang Wanita                                                                                                              
-Ada lelaki yg mendekati wanita kerana personalitinya boleh menyakinkan mereka & mereka terpikat bila tengok wanita pada pandang pertama. Tapi ini bukan sebab dorang cantik @ lawa tau ? Maybe mereka suka dgn perwatakan wanita & cara mereka membawa diri .Semua itu menyebabkan lelaki berasa lebih yakin untuk mendekati seseorang wanita itu. 

2.Wanita Seksi
- Memang ada jenis cowok ni yg suka memerhatikan wanita yg seksi apalagi jika perempuan tu guna pakaian yg menjolok biji mata kan?? Lazimnya lelaki yg menilai wanita dgn cara ni adalah jenis mata keranjang.

3.Penampilan,Gaya Berjalan & Cara Pergaulan
-Faktor ini juga kadang-kadang membuat seseorang lelaki boleh tertawan ngan wanita. Ada kalanya salah satu drpd faktor utama yg buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita

Kredit gambar: mirafilzah.blogspot.com
4.Kesopanan
-Ada juga lelaki yg sangat mementingkan kesopanan dlm diri seseorang wanita tu. Lelaki yg sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yg tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yg tidak akan memalukan mereka. Ala-ala peserta Imam Muda agaknya.

5.Tarikan Fizikal
-Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah . Tetapi jangan tak tau ,ada juga lelaki yg begitu mudah tertarik dgn wanita yg cantik,ayu & anggun.

Bagi aku sendiri, aku nakkan ciri-ciri nombor 1, 3 ngan 4. Paras rupa ngan bentuk badan sumting like dad (bapak? haa) tak penting sangat. Yang penting cara dia layan kita ohh. Aku penah kapel ngan dua wanita sebelum ni dan diorang sebenarnya taklah lawa kalau nak kata, tapi ciri-ciri tu semestinya ada.

Sumber : http://akutracy.blogspot.com

P/s : Sapa pon jodoh yang ditetapkan, kena terima walaupun mungkin orang bertuah tu musuh kita. Barangkali dunia ni sungguh unik kan?
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

31 Ogos 2012

Logo Sambutan Kemerdekaan 2012 Yang Menimbulkan Kontroversi. Kini Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Designer.

Salam readers,

Hari ni 31 ogos 2012. Hari ni hari kemerdekaan negara yang ke-55. Kalau tak silaplah.
Ini lah logo yang dapat dihasilkan sempena sambutan kemerdekaan kali ni.



Logo yang pertama ni merupakan ciptaan kreatif dari Pakatan Rakyat (PR). Sangat cantik.

Ini pula logo yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55.



Ramai yang mengutuk, mengejek logo yang dikeluarkan kerajaan yang terbukti mampu direka menggunakan Microsoft Paint. Ramai yang mengagumi logo alternatif ciptaan PR. Banyak logo baru yang dihasilkan oleh para-para designer untuk membuktikan logo mereka lebih berhak diangkat.

Bagi aku sendiri, tak kisahlah logo tu nak design macam mana pun, asalkan jiwa kita betul-betul merdeka dan dalam masa yang sama dapat lahir semangat patriotik tu. Yang penting kita sayangkan tanah air ni, sayangkan Malaysia. Tak kiralah parti mana jadi kerajaan sekalipun.



P/s : Merdeka, Merdeka, Merdeka!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

24 Julai 2012

Tangguh/ Extend Semester Tiga Aku. Muktamad.



Salam readers,


Aku dah buat keputusan, sebenarnye dah lama aku fikirkan benda ni. 

Aku penah terfikir nak berhenti UiTM. Aku berubah fikiran, teruskan.

Dan skrg muktamad, 70% aku akan tangguh semester tiga aku atas sebab2 tertentu.
Setiap perkara yang berlaku pasti bersebab.

Selepas tu, mungkin aku berhenti. Hanya tengok keadaan nanti.


P/s : Pendek je tulisan aku kali ni ohh. Selamat berpuasa semua.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

21 Julai 2012

1 Ramadhan : Bersediakah Engkau, Aku, Korang, Dia Berpuasa ?


Salam readers.
Umum tau esok 21 Julai bersamaan 1 Ramadhan, seluruh umat Islam di dunia akan berpuasa untuk tempoh sebulan sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal untuk meraikan kemenangan Islam, Hari Raya Puasa.

Aku akan menghabiskan sebahagian besar puasa ni di Shah Alam, kampus aku. Takde masalah utk aku berpuasa di luar sebenarnye, sebab sebelum ni aku penah melakukannya di Gombak, KL semasa berumur 18. Masa tu aku belajar sebuah kolej swasta.

Budak2 kat kampus aku, ramai aku kenal perangai, ragam diorang, tak kira lelaki perempuan. Ada kaki mencarut, kaki gossip, kaki bahan orang, kaki hasut orang, kaki laga orang dan segala macam. Aku kenal semua orang ni, dan perlu nak letak name masing2 dalam entri ni.

Ingat, di bulan ni, Semua perkataan yang keluar dari mulut korang tu datang dari hati korang sendiri, Berbeza di bulan lain yang mana syaitan yg selalu suruh korang cakap. 


So, bersediakah kita semua nak menghadapi bulan ni ?

Aku cume beri pandangan. Berhentilah buat cam tu, at least sebulan ni untuk menghormati bulan mulia ni. Aku nasihatkan utk diri sendiri ni gak. Almaklumla, ramai yang membenci aku kat sini tanpa sebab tak kira perempuan lelaki. Tanpa sebab aku katakan sebab aku tak tahu ape salah aku. 

Ada yang membenci aku macam aku penah merog** dia,
Ada yang membenci aku macam aku penah menca*** dia.
Hakikatnya, aku same sekali tak penah melakukan perkara terkutuk tu.

Berubah la tak kira di kampus aku ni, tapi untuk semua umat yang mengaku mereka Islam. Bulan mulia yang penuh keberkatan ini haruslah perbanyakkan amal ibadah dan jariah. Lakukan dengan ikhlas dan hati yang terbuka.


P/s: Selamat berpuasa buat semua umat Islam.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

08 Julai 2012

10 Kereta Termahal Dunia Setakat ni. Sultan Johor Ada Kereta Ni.

Salam semua,

Entry ni kesinambungan dari Bugatti Veron Sultan Johor |SINI| dan Kereta Lain Sultan Johor.

Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya,
berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan melonjak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. 
Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya. Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, 
yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Konsep dia lebih kurang samalah dengan mengahwini isteri yang high maintenance, duit habis dek membeli barang makeup, baju designer brand, beg tangan LV, yang dari Petaling Street punya tak nak. Cuma yang berbezanya isteri yang betul-betul 'mahal' ni tak semestinya high maintenance, hehe.

Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam. Sebab kereta korang takde sayap nak terbang.

10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)


9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)

8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)

7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)


6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)


5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)

4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)

3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)

2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)


1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)


Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai/ duti eksais di Malaysia. Sebagai contoh harga sebuah Bugatti Veyron akan melonjak sehingga RM 13 juta selepas cukai dikenakan. 

Sumber dari thesupercars.org dan Huffington Post


P/s: Beli rumah banglo besar lagi berbaloi. Pakai kancil pon leh sampai tempat kerja. Lalala.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

21 Mei 2012

Penganjur BERSIH 4.0 Tersalah Eja. (Tak kena-mengena politik)

Salam semua readers.

Sebagaimana umum tahu, 24 dan 25 Mei ni, Majlis Bertindak Peniaga Malaysia akan menganjurkan Bersih 4.0 dengan membuka gerai di hadapan kediaman Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga. Tindakan itu sebagai protes atas kerugian mereka ketika perhimpunan Bersih 3.0 diadakan.


Entry ni bukan medium untuk aku menulis tentang politik, aku tak memihak mana2 parti politik. Ini fakta yg boleh dikongsi tak kira parti politik. Dalam gambar ni, penganjur telah tersalah eja perkataan yang mudah disebut, perkataan yg menjadi carian terbanyak google untuk bulan Mei.

Macammana salah sebut tak tahulah kenapa, mungkin tangan menggigil masa tengah cat tu kot.


Ni merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menganjurkan Bersih 4.0 ni. Beliau, Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Malaysia telah mengalami kerugian besar semasa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April 2012 lalu. Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di Malaysia antaranya ialah Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan mengawal tender Kedai Ikan 1Malaysia.

P/s : Harap2 Dato' Jamal Md Yunos dapat cover balik kerugian tu. Mudah-mudahan.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

20 Mei 2012

Senarai Nama Dan Alamat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Di Malaysia (2008-2013)

SENARAI NAMA DAN ALAMAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MENGIKUT SUSUNAN KEKANANAN RAJA-RAJA DAN TYT YANG DI PERTUA NEGERI


YAB DATO' SRI DIRAJA ADNAN BIN YAAKOB
Menteri Besar Pahang,
Pejabat Menteri Besar Pahang,
Wisma Sri Pahang,
25502 Kuantan, PAHANG.


YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak,
Pejabat Menteri Besar Perak,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK.


YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
Menteri Besar Terengganu,
Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
Pejabat Menteri Besar Terengganu,
20502 Kuala Terengganu, TERENGGANU.


YAB DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU
Menteri Besar Perlis,
Pejabat Menteri Besar Perlis,
Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri
Persiaran Wawasan,
01000 Kangar, PERLIS.


YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor,
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40502 Shah Alam, SELANGOR.


YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5B Wisma Negeri,
70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN.

YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor,
Pejabat YAB Menteri Besar Johor,
Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
79503 Nusajaya, JOHOR.


YAB DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Tingkat 1, Blok 1,
Kota Darulnaim,
15502 Kota Bharu, KELANTAN.


YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Menteri Besar Kedah,
Pejabat Menteri Besar Kedah,
Wisma Darul Aman,
Jalan Tunku Bendahara,
05502 Alor Setar, KEDAH.


YAB TAN SRI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
Ketua Menteri Sarawak,
Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22,
Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,
93502 Kuching, SARAWAK.


YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
Tingkat 28, KOMTAR,
10502 PULAU PINANG.


YAB DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
Ketua Menteri Melaka,
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Bangunan Seri Negeri, Tingkat 4, Blok A,
Seri Negeri, Ayer Keroh,
75450 MELAKA.


YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah,
Pejabat Ketua Menteri Sabah,
Jabatan Ketua Menteri,
Tingkat 17&18, Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman,
88502 Kota Kinabalu, SABAH.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

19 Mei 2012. Hari Fast Food Sehari Untuk Aku, Intan dan Abang Ajim.

Salam semua.
Semalam, 19 Mei 2012 merupakan Hari Fast Food untuk aku. Tanpa mengeluarkan sebarang duit, 3 kali aku makan di 3 restoran. Pagi breakfast kat McD Semenyih, Mom belanje.



Tengah ari lak makan kat Subway, MetroPoint Kajang. Sponsored by kazen, Azim Johar. Intan pon join sekaki. Lepas balik dari Subway, lepak dulu kat umah Azim Johar maen XBOX dia. Sampai malam je, boleh lapar pulak kitorang semua.


Ape lagi, pakat2 pegi Restoran Nasi Ayam Gemas at perkarangan Tesco Semenyih. Sekali lagi dibelanje oleh Abang Ajim kita ni. Pekena nasi ayam ngan set fun fries dia.

Memang rezeki aku kat luar rumah semalam. Ape pon, memang best makan free walaupun apa jua makanan kecuali non halal kan.

Special Thanks To My mom and Abang Ajim. Abang Ajim, moga cepat dipertemu jodoh yang terbaik. Aku doakan. Mudah-Mudahan.

Nak try makan kat Wendy's ngan Kenny's FREE lak lepas ni. Bole ker.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

02 Mei 2012

Kesalahan Bodoh Akhbar KOSMO Rabu 2 Mei 2012 (Must Read)

Assalamualaikum semua.
Entry ni saje untuk aku menulis tentang kesalahan yg terdapat di akhbar harian, Kosmo seperti disengajakan atau mungkin tidak disedari oleh penulis or wartawan yang melaporkan.

Biasalah, semua manusia normal akan melakukan kesilapan. Tiga kesilapan dikesan pada akhbar kosmo edisi hari ni, 2 Mei 2012. Entry ni tidaklah bertujuan untuk memperihalkan mengenai politik, cuma bercerita tentang kebenaran.



Yang pastinya, petak putih yang ditanda tu merupakan kesalahan yang mungkin tidak disedari oleh penulis/wartawan. 

Pertama, 
Wartawan meletakkan gambar yang tidak sepatutnya. Seorang lelaki menyelak baju wanita. Ramai ibubapa/ orang dewasa di Malaysia akan meminta anaknya yang mungkin baru berumur bawah 10 tahun untuk membelinya. Nanti for sure budak tu tanya, ni gambar apa ni, seks tu apa?

Kedua,
Pemimpin Parti Pembangkang di Selangor.
Orang yang dituduh dirujuk kepada musuh politik kerajaan, iaitu Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR di Selangor yang juga Ahli Parlimen kawasan Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Semua sedia tahu, Selangor kini di bawah pemerintahan Parti PKR. Bermakna, parti pembangkang disini ialah parti UMNO. Sama dengan kerajaan Persekutuan adalah Barisan Nasional, pembangkang ialah Pakatan Rakyat.

Ketiga.
Peribahasa Pelanduk Muka Serupa.
Apa yang aku belajar kat Form 3 dulu, cikgu aku ajar Pelanduk Dua Serupa. Bermaksud orang yang mempunyai wajah yang hampir sama atau sama. Kalau tak silap lah. Mungkin cikgu BM kepada wartawan ni tersilap ajar lah kot. Tengok, dah jatuh saham akhbar harian yang famous gak.


P/s : Kesalahan yang terlepas pandang. Mungkin protes payment lambat bayar kot. Mana tau, orang kita ni macam-macam ragam.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

25 Januari 2012

Alamanda Putrajaya, Habiskan Baucer Buku RM200, Terjumpa Aktres Raja Farah

Salam semua.
Semalam 24 Januari 2012 aku ngan Shima, Dian pegi la Alamanda kat Putrajaya. Niat sebenar nak pegi MPH Bookstore je, sebab nak memanfaatkan baucer buku yang diberi kerajaan sebanyak RM200. Untuk makluman, 1.3 juta pelajar IPT di seluruh negara telah pun menerima baucer tersebut. Amboi, macam pembaca berita.


Aku sampai MPH dalam pukul 12 suku cam tu. 1st target aku sebenarnye nak keluarkan Oxford Dictionary yang tebal tu. Tapi nasib tak menyebelahi larh kot (ceh ayat), tinggal kamus yang ntah ape2 macam translate ke tamil la, canada. Huh. So, aku pon beli la bende ni. Haha.


Kesemuanya berharga RM 201.80. Aku tambah la sengget lapan posen. Lepas bayar tu dapatlah baucer RM10 from MPH. Aku sememangnya suka baca komik yang bergenre lawak. Sebabnya, aku nak ceria sepanjang hari aku. Sape yang suka sedih2 dalam hidup kan. Ramai yang mempertikai apa yang aku beli ni. Tapi aku tak kesah pon. Haha.

Lepas tu, kitorang went to kajang lak. Plannya nak makan yogurt ice cream kat francais milik aktres Raja Farah kat Metropoint. Snogurt namanya. Konsep dia macam Tutti Frutti Yogurt. Tapi harga dia murah sket la 100gram bersamaan dengan RM4.90 berbanding Tutti RM5.30. Rase yogurt dia memang superb kot. Tambah pulak topping dia.



Aku nye kena RM11.40, tapi sebab ade kad matriks dapat diskaun 15%. Jadi RM9.60 tapi berbaloi la gak dengan ape yang aku amek tu. Dian lak kene RM10.40 lepas diskaun.

Lepas balik tu, baru lah kitorang perasan yang kat kaunter tu Raja Farah rupanya. Tak perasan sebab dia bertudung. Masih ayu  macam dulu ohh. Gambar tak sempat amek. Tapi dia memang sporting turunkan sign dia kat cup. Main amek je cup baru, padahal kena bayar. Haha.


P/s : Kalau ade yang belanje, semestinya lagi best dan hari-hari kami singgah. 
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!