CARI DI BLOG INI

21 Julai 2012

1 Ramadhan : Bersediakah Engkau, Aku, Korang, Dia Berpuasa ?


Salam readers.
Umum tau esok 21 Julai bersamaan 1 Ramadhan, seluruh umat Islam di dunia akan berpuasa untuk tempoh sebulan sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal untuk meraikan kemenangan Islam, Hari Raya Puasa.

Aku akan menghabiskan sebahagian besar puasa ni di Shah Alam, kampus aku. Takde masalah utk aku berpuasa di luar sebenarnye, sebab sebelum ni aku penah melakukannya di Gombak, KL semasa berumur 18. Masa tu aku belajar sebuah kolej swasta.

Budak2 kat kampus aku, ramai aku kenal perangai, ragam diorang, tak kira lelaki perempuan. Ada kaki mencarut, kaki gossip, kaki bahan orang, kaki hasut orang, kaki laga orang dan segala macam. Aku kenal semua orang ni, dan perlu nak letak name masing2 dalam entri ni.

Ingat, di bulan ni, Semua perkataan yang keluar dari mulut korang tu datang dari hati korang sendiri, Berbeza di bulan lain yang mana syaitan yg selalu suruh korang cakap. 


So, bersediakah kita semua nak menghadapi bulan ni ?

Aku cume beri pandangan. Berhentilah buat cam tu, at least sebulan ni untuk menghormati bulan mulia ni. Aku nasihatkan utk diri sendiri ni gak. Almaklumla, ramai yang membenci aku kat sini tanpa sebab tak kira perempuan lelaki. Tanpa sebab aku katakan sebab aku tak tahu ape salah aku. 

Ada yang membenci aku macam aku penah merog** dia,
Ada yang membenci aku macam aku penah menca*** dia.
Hakikatnya, aku same sekali tak penah melakukan perkara terkutuk tu.

Berubah la tak kira di kampus aku ni, tapi untuk semua umat yang mengaku mereka Islam. Bulan mulia yang penuh keberkatan ini haruslah perbanyakkan amal ibadah dan jariah. Lakukan dengan ikhlas dan hati yang terbuka.


P/s: Selamat berpuasa buat semua umat Islam.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

2 ulasan:

  1. biarlah org benci, janji allah sayang kita :) Salam Ramadhan! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks.
      Maklumbalas yang berguna.
      mmg dah lumrah manusia, kita insan normal tak mampu nak tutup mulut orang kan.
      Pd sy, biarlah mereka berkata2 ikut suka. Dah penat, berhentilah tue.

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)