CARI DI BLOG INI

08 Julai 2012

10 Kereta Termahal Dunia Setakat ni. Sultan Johor Ada Kereta Ni.

Salam semua,

Entry ni kesinambungan dari Bugatti Veron Sultan Johor |SINI| dan Kereta Lain Sultan Johor.

Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya,
berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan melonjak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. 
Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya. Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, 
yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Konsep dia lebih kurang samalah dengan mengahwini isteri yang high maintenance, duit habis dek membeli barang makeup, baju designer brand, beg tangan LV, yang dari Petaling Street punya tak nak. Cuma yang berbezanya isteri yang betul-betul 'mahal' ni tak semestinya high maintenance, hehe.

Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam. Sebab kereta korang takde sayap nak terbang.

10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)


9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)

8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)

7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)


6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)


5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)

4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)

3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)

2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)


1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)


Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai/ duti eksais di Malaysia. Sebagai contoh harga sebuah Bugatti Veyron akan melonjak sehingga RM 13 juta selepas cukai dikenakan. 

Sumber dari thesupercars.org dan Huffington Post


P/s: Beli rumah banglo besar lagi berbaloi. Pakai kancil pon leh sampai tempat kerja. Lalala.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

4 ulasan:

  1. aku juga sebenarnye memiliki hampirr semua kreta mewah diatas dn lainnya.
    dlm game nfs rivals laaa. hihihiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada plastik tak, tak kesahlah kaler apa sebab rasa nak muntah. Hahahaha.

      Padam
  2. Tak betul la maklumat yg disampaikan ni.. Tak tepat.. Try buat research bro.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas keprihatinan anda, saya akan re-edit posting ini.

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)