CARI DI BLOG INI

31 Ogos 2012

Logo Sambutan Kemerdekaan 2012 Yang Menimbulkan Kontroversi. Kini Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Designer.

Salam readers,

Hari ni 31 ogos 2012. Hari ni hari kemerdekaan negara yang ke-55. Kalau tak silaplah.
Ini lah logo yang dapat dihasilkan sempena sambutan kemerdekaan kali ni.



Logo yang pertama ni merupakan ciptaan kreatif dari Pakatan Rakyat (PR). Sangat cantik.

Ini pula logo yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55.



Ramai yang mengutuk, mengejek logo yang dikeluarkan kerajaan yang terbukti mampu direka menggunakan Microsoft Paint. Ramai yang mengagumi logo alternatif ciptaan PR. Banyak logo baru yang dihasilkan oleh para-para designer untuk membuktikan logo mereka lebih berhak diangkat.

Bagi aku sendiri, tak kisahlah logo tu nak design macam mana pun, asalkan jiwa kita betul-betul merdeka dan dalam masa yang sama dapat lahir semangat patriotik tu. Yang penting kita sayangkan tanah air ni, sayangkan Malaysia. Tak kiralah parti mana jadi kerajaan sekalipun.



P/s : Merdeka, Merdeka, Merdeka!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!