CARI DI BLOG INI

12 Oktober 2012

7, 3, 1 Hari dan Tanda Akhir Sebelum KEMATIAN.

Artikel ni adalah kesinambungan dari entri 100 & 40 hari sebelum kematian. KLIK SINI.

7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari Akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di bahagian belakang mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Penutup ::: Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 
Sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap kita sekeluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiapkan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap kerana umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Sumber : mangges.blogspot.com


P/s : Sementara masa masih ada ni, jom sama2 kita muhasabah diri ke arah lebih baik. Kita asalnya diciptakan daripada tanah, di situ juga kita kembali.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)