CARI DI BLOG INI

16 Februari 2013

Debat? Entri Untuk Semua Penyokong Parti Politik di Malaysia.

Salam semua.
Sebagai peringatan, entri ni tidak langsung menyebelahi mana2 parti politik. Saja menyuarakan pendapat peribadi yang mungkin sesiapa baca akan terima tulisan aku.


Anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan bertempat di Klang, nama program Debat Rakyat : Jom tolak pakatan rakyat. Aku tertanya-tanya, kenapa nama program dan intipatinya, Debat? Kedua-dua pendebat berada di pihak yang sama, menyokong parti yang sama. Kalau diikutkan sebelum ni berlangsung debat perdana antara Datuk Noh Omar dan Dato' Dr Hassan Ali juga. Sama konsep juga. Jadi, apa kebaikan dan motif penganjuran debat ni. Program seperti ini sebenarnya adalah forum bukan debat. Kalau di Amerika setiap kali pilihanraya presiden, debat antara calon presiden dari Demokrat vs calon Republikan akan dipertontonkan secara langsung ke seluruh Amerika. Seperti baru2 ni antara Barack Obama dan Mitt Romney. Dan rakyat memilih Obama untuk terus memegang jawatan itu.

Debat mungkin lebih daripada sekali sebelum pilihanraya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak. Sebenarnya, kita dah melihat kebaikan dan kualiti tiga debat yang melibatkan ahli politik negara sebelum ni yang mana datang dari pihak yang berlainan.


Tajuk : Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

-Tahun 2008, anjuran Agenda Daily, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Rakyat berdebat dengan Menteri Penerangan dan Komunikasi ketika itu, Datuk Seri Shabery Cheek tentang harga minyak. Di sini, rakyat dapat tahu macammana subsidi ditentukan dan macam2 benda tentang IMF, Petronas dan IPP.


Tajuk : Projek Amanat Negara by UKEC

Tahun 2012, anjuran Kesatuan Mahasiswa UK dan Ireland menampilkan Ketua Strategik Parti Keadilan dan Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin berlangsung dalam keadaan yang aman berkenaan hala tuju negara Malaysia. Dari sini kita tahu sedikit sebanyak tentang angka-angka dan akronim seperti ETP, FDI, Indeks Pembangunan Manusia dan krisis kewangan Asia.





Tajuk : Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Negara

Tahun 2012 juga, mereka berdua sekali lagi menyahut cabaran debat mewakili parti masing-masing. Dari sini, kita dapat sedikit sebanyak tentang organisasi ptptn. Apa itu caj pentadbiran, kebaikan pemansuhan ptptn dari sudut perspektif dan banyak lagi. Bagi aku sendiri, debat ni dilangsungkan dengan penuh hujah yang fakta sekaligus anak muda dapat berfikir secara rasional.


Dan semestinya anak muda mahukan ini menjadi realiti. Datuk Seri Najib Razak dikatakan sibuk dan memandang Anwar Ibrahim sebagai individu yang tidak layak berdebat dengannya. Ironinya, kebanyakan negara di Eropah mengiktiraf ketua pembangkang sama taraf dengan Presiden/Perdana Menteri. Yang dapat manfaat pon rakyat teramai termasuklah aku.


P/s : Sebenarnya, terdapat banyak lagi program debat, Fathul Bari/Nasrudin, Ambiga/Khairy telah berlangsung. Menjelang Pilihanraya, undi dan pilihlah calon wakil rakyat berdasarkan kredibilitinya, bukan dari parti mana. Aku masih belum layak mengundi (20 tahun), so takde parti pilihan lagi.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)