CARI DI BLOG INI

20 April 2013

Kuliah Mengenai Jin oleh Ustaz Haji Ismail Kamus

Salam semua.

Ini adalah antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Ismail Kamus. Antaranya:


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). 
3) Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin.


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


Dipetik dari laman Facebook.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 April 2013

Selamat Hari Jadi, Diri Sendiri Yang Ke Dua Puluh Satu (21).

Salam semua.
Hari ni, Rabu 10 April 2013. Ada apa tarikh ni?


Bermakna dah masuk 21 tahun untuk tahun ini. 9 tahun sebelum dilabel orang tua. Mungkin 5 tahun sebelum kawen. Amboi. Haha. Macammana boleh agak tu. 

Gamba ni baru je upload kat instagram petang tadi via instaplace. Ada tarikh tu yang mahal tu. Saja test app tu memandangkan tangan ni dah terinstall kat Play Store tu. Dah tiba birthday ni, apa wish list ye. Tak perlu kot. Nampak macam gedik untuk wish list wish list ni kan. Asalkan tiap-tiap hari, kita mulakan hari dengan senyuman dah cukup sebenarnya. Seterusnya dapat mencapai tujuan hidup kita yang sebenarnya.


Tiada apa yang mampu dicoretkan secara details. Jika dikira secara kasar, dah 7,660 hari aku diberi peluang oleh-Nya menikmati keindahan di muka bumi ni.







Gambar atas ni, masa birthday yang ke 19 kalau tak silap. Memang happening kalau nak kata, first time celebrate kat umah Andak, Nilai Impian. Tengok tu, siap pakai mic nak baca ucapan kat hadiah. Haha, maybe rumah tu besar sangat dan ramai orang yang datang. Tak lupa makan durian ramai-ramai lepas tu. Sambutan hari jadi ni paling diingati sepanjang hidup ni kot sebab macam-macam aktiviti masa tu.



Last but not least, nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah wished on Twitter, WeChat, Whatsapp, Instagram dan mesej 5 sen pakai fon 3310. Aku tak letakkan tarikh lahir kat Facebook sebab malas nak tunjuk. Aku appreciate for those yang dah wished.


P/s : Nak wish esok hari pon tak mengapa. Asalkan ada excuses, haha bajet disitu. Dah bergelar si tua dua puluh satu sekarang ni.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!