CARI DI BLOG INI

10 April 2013

Selamat Hari Jadi, Diri Sendiri Yang Ke Dua Puluh Satu (21).

Salam semua.
Hari ni, Rabu 10 April 2013. Ada apa tarikh ni?


Bermakna dah masuk 21 tahun untuk tahun ini. 9 tahun sebelum dilabel orang tua. Mungkin 5 tahun sebelum kawen. Amboi. Haha. Macammana boleh agak tu. 

Gamba ni baru je upload kat instagram petang tadi via instaplace. Ada tarikh tu yang mahal tu. Saja test app tu memandangkan tangan ni dah terinstall kat Play Store tu. Dah tiba birthday ni, apa wish list ye. Tak perlu kot. Nampak macam gedik untuk wish list wish list ni kan. Asalkan tiap-tiap hari, kita mulakan hari dengan senyuman dah cukup sebenarnya. Seterusnya dapat mencapai tujuan hidup kita yang sebenarnya.


Tiada apa yang mampu dicoretkan secara details. Jika dikira secara kasar, dah 7,660 hari aku diberi peluang oleh-Nya menikmati keindahan di muka bumi ni.







Gambar atas ni, masa birthday yang ke 19 kalau tak silap. Memang happening kalau nak kata, first time celebrate kat umah Andak, Nilai Impian. Tengok tu, siap pakai mic nak baca ucapan kat hadiah. Haha, maybe rumah tu besar sangat dan ramai orang yang datang. Tak lupa makan durian ramai-ramai lepas tu. Sambutan hari jadi ni paling diingati sepanjang hidup ni kot sebab macam-macam aktiviti masa tu.



Last but not least, nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah wished on Twitter, WeChat, Whatsapp, Instagram dan mesej 5 sen pakai fon 3310. Aku tak letakkan tarikh lahir kat Facebook sebab malas nak tunjuk. Aku appreciate for those yang dah wished.


P/s : Nak wish esok hari pon tak mengapa. Asalkan ada excuses, haha bajet disitu. Dah bergelar si tua dua puluh satu sekarang ni.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)