CARI DI BLOG INI

30 Jun 2013

Review Novel MENTAL oleh Shaz Johar dari Fixi (must read)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. KLIK SINI

 


Judul:  MENTAL
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 300

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan? MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.


KENAPA BELI?


Cemana aku boleh tertarik dengan MENTAL? Aku ada sahabat rapat sebelum ni gagal dalam mengawal emosi dan akhirnya 'hampir' menghadapi masalah itu. Aku rase mungkin dengan membaca buku ni, aku dapat memahami, merasai sedikit sebanyak apa yang dialaminya. MENTAL menjadi buku Fixi pertama aku selesai baca. Dan bila dah tau ending dia, fasal apa cerita dia, bla bla bla then elok juga aku buat review untuk kongsikan apa pendapat aku tentang buku yang ditulis oleh Shaz Johar ni.



REVIEW NOVEL MENTAL (Mengandungi spoils)

  • Sinopsis di kulit belakang buku berjaya menarik pembaca untuk mengetahui cerita ni pasal apa. Sinopsis dan cerita itu ditulis hanya gambaran Maya.
  • Buku ni dalam kategori first-person narrative (lebih fokuskan apa yang berlaku pada watak utama, ala-ala diari) Konsep penulisan lebih kepada diari, catatan diri Maya selaku watak utama. Aku suka konsep ni. Kemudian, cerita dipecahkan satu persatu.
  • 'Semua orang gila'. Di awal pembacaan, kita mudah membuat anggapan Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid dan Nia gila. Mereka semua ada cerita sendiri. Tuan Jin curang dengan isterinya, Puan Sierra yang kuat sembahyang tetapi sering menuduh si Maya. Rashid yang nekad memotong tangan kanannya yang didakwanya bukan tangannya dan Nia yang gemar mempelajari agama kristian sehingga hampir ke arah itu. Tuan Jin dan Puan Sierra dilihat seperti tidak mengambil tahu masalah kedua anak mereka. Bermakna semua gila, kenalah dengan judul buku. Maya je seorang tidak gila?
  • Aku ternanti-nanti bila Rashid nak potong tangannya dan Nia murtad mungkin. Elemen ni tampak seperti nak memanjangkan plot. 
  • Pertengahan cerita, watak Raudhah muncul dan memang penting untuk keseluruhan cerita. Cara watak Raudhah diceritakan sangat baik dan teratur.
  • Cara menceritakan masalah dihadapi Maya, watak Kisha dari novel Kougar menjadi pendengar setia di bus stop. 
  • Di penghujung cerita, kita dapat tahu semua perkara yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri di samping menyingkap watak sebenar Maya itu sendiriMENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.
  • Endingnya ditunjukkan secara rileks dan bersahaje serta dapat diterima. Aku suka ending seperti ini.
  • Tahniah penulis, Shaz Johar yang memberi keyakinan untuk aku terus mengikuti  buku2 terbitan FIXI.

3.97 out of 5 stars

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

07 Jun 2013

Kisah Nabi Isa A.S. Dengan Orang Mabuk Cinta (must read)



Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


Sumber : http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!