CARI DI BLOG INI

20 Oktober 2013

Hattan Bernikah Dengan Bekas Isteri. Korang Percaya Pada Jodoh? (must read)


Salam semua.
Kali ni aku tergerak hati nak tulis tentang jodoh. Rasanya perkataan jodoh tu sendiri ada orang sangat suka dan ada juga sangat sensitif kan.


Secara personally aku tertarik dan terharu dengan penyanyi legenda kita, Hattan. Tenang melakukan keputusan untuk bernikah semula dengan bekas isteri, Arieani setelah 8 tahun bercerai. Dalam sidang media Hattan berkata, "Saya percaya dia adalah jodoh saya. Saya bersyukur."

Minggu lepas, aku bawa mak dan adik ke majlis kahwin kat kampung Ulu Beranang. Guess what, kedua-dua pasangan berusia 55. Ceritanya, after 30 tahun bertemu semula dan nikah.  Bagi aku, luar biasa dan unik sebab pasangan tu membuktikan kekuatan jodoh tu sendiri. Tiada yang mustahil. Nothing is impossible. Jodoh kita mungkin dengan orang yang tak pernah kita jangka akan jatuh cinta.

Selalu sangat kita dengar quote seperti:
-Jodoh itu anugerah Tuhan.
-Kalau dah jodoh, gempa bumi, tsunami, taufan melanda, dah tertulis bahawa jodoh tu takkan kemana.
-Jodoh, ajal, pertemuan itu kerja Allah SWT.

Dulu aku menghadapi skeptikal dengan quotes ni atas dasar once kita dah couple, mesti kawin punya sebab dah suka sama suka. Simple as that. Sekarang aku percaya. Sebab tingginya kebarangkalian-kebarangkalian yang memungkinkan setiap perkara atau peristiwa itu terjadi. Contohnya bekas kekasih yang dah berpunya tu kembali kepada kita semula. Padahal masa tu, kita sendiri dah move on.


-Nizam Jalil
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

12 Oktober 2013

Kelebihan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong

Salam semua.
Rasanya belum pernah lagi aku update tentang info kesihatan kan. Apa yang baik untuk tumbesaran badan adalah penting untuk kehidupan yang lebih produktif.

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Biarpun sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air untk perkembangan otot yg sihat supaye mampu membakar lebih banyak lemak (otot mengandungi 75% air) kerana org lebih berat kebanyakan mereka kekurangan air di sebabkan lebih banyak peratus lemak mengambil alih kawasan badan. Air juga membantu menyingkirkan toksik daripada terus mendap d dalam tubuh dan mampu menggalakkan penyakit yg bersangkut paut dengan obesiti seperti sakit jantung, darah tinggi, gout, kencing manis dan strok. Rakyat Malaysia kebanyakannya malas minum air dan bersenam menyebabkan berlakunya mendapan asid yg tinggi. Dengan minum air banyak, kita dapat menyingkirkan toksik bagi membantu proses penurunan berat badan dilakukan dgn lebih lancar.

CARA MENGENALPASTI KUANTITI AIR DALAM BADAN
Sekiranya warna urin anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urin yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air.

Sumber: Facebook

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 Oktober 2013

Review 26 Episod Gosip oleh Haswida Abu Bakar Terbitan Jemari Seni

Salam semua.

Setelah review novel mental mencapai hampir 500 pembaca, tergerak hati nak review novel 26 Episod Gosip. Klik sini untuk review novel MENTAL terbitan Fixi.

Judul:  26 Episod Gosip
Penulis: Haswida Abu Bakar
Penerbit: Jemari Seni
Mukasurat: 447 halaman

matahari bukan pelakon yang boleh disuruh ulang berlakon
Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan ‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya...
Scene 1
“Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!”
Mak pandai menyanyi ke?”
“Bolehlah!”
“Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman.
“Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi.
Scene 2
“Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?” usik Rosie.
“Bukan senang tau, nak ‘terpakai’ blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni,” gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.
“Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frustterlebih tonggeng kau,” leter Posh.
* * *
HASWIDA ABU BAKAR mahir terap ilmu perfileman untuk ‘mengarah’ novel 26 Episod Gosip. ‘Tontonlah’ bagaimana HASWIDA ABU BAKAR menggerak watak-wataknya menjadi sebuah telenovela.

REVIEW (Tiada Spoils)

Gigih rasanya aku baca novel ni. 447 pages berbanding review novel sebelum ni, Mental hanyalah 300 pages. Ini adalah novel kedua terbitan Jemari Seni aku baca selepas Tunas by Hlovate.  
Ironinya, novel ini ditulis oleh pensyarah fakulti filem UiTM, Haswida Abu Bakar di bawah kategori third person narrative.

Latar tempat yang digambarkan ialah belakang tabir sebuah produksi (Media Sinematik) di set penggambaran untuk sebuah telenovela yang diberi tajuk Jas. Diambil sekitar Kuala Lumpur, Pulau Kapas, Terengganu dan Melaka. Johor Bharu dan Alor Setar juga digunakan sebagai latar tempat.
Pertama sekali, aku tabik cara Haswida manage dan arrange watak yang ramai dan dalam masa yang sama holds persoalan cerita sehingga part ending. Pujian harus diberikan kerana setiap watak dipecah personalitinya satu persatu.  

Gaya bahasa yang digunakan pula tidak lari dari konteks penulisan novel sebenar. Ia memperlihat gayanya yang tersendiri.
Tulisan Haswida di dalam 32 bab novel ini lebih kepada kontemporari, ia menyeluruh dalam memberitahu sesuatu situasi dan menyampaikan sesuatu maksud tertentu.
Contohnya, ketika menyampaikan sesuatu babak/ keadaan, jelas Haswida lebih prefer kepada penggunaan elemen makanan untuk memantapkan sesebuah ayat yang represents sesebuah babak itu. (keropok lekor, bubur nasi, sotong dan lain-lain)
  
The first point of view, Ain Nurlisa Amir Lukman seorang Penolong Pengarah yang baru bukan seorang gadis yang biasa-biasa. Dia seorang wanita yang kasar, serabai, degil dan keras hati merujuk kepada kata-kata Ari Zaman. Sikapnya juga sedikit panas baran. Terbayang juga bagaimana rupanya si Ain Nurlisa ni di saat menyelak halaman demi halaman. 
Gadis ini menjadi rebutan antara aktor top iaitu Jeffri Hussien dan aktor baru nak naik, Ari Zaman selain Raid yang awal2 sudahpun mengangkat bendera putih. Gaya kedua-dua aktor metroseksual, digambarkan sangat hensem dan player. Jeffri seorang yang suka mendesak untuk mendapatkan sesuatu manakala Ari Zaman lebih memendam keinginan dan sabar. Dikembangkan juga bekas teman wanita kedua-dua aktor. 

Oppps, dua players berebut gadis seperti itu. How come? 
Bagi aku sendiri, inilah kelainan yang ingin ditunjukkan Haswida. 
Kedua-dua pihak meluahkan sebab mengapa Ain menjadi pilihan instead of semua bekas teman wanita mereka yang cantik, manja, putih gebu dan bergaya. Sebab-sebab yang dinyatakan pada aku boleh diterima dari segi logik akal dan realiti zaman kini. 
Sesungguhnya semua perkara yang berlaku bersebab kan?
Ia sekaligus mengingatkan aku, tiada apa yang mustahil di dunia ini seperti realiti perlawanan akhir Euro 2012, tiada siapa menduga pasukan seperti Itali dibelasah 4 gol oleh Sepanyol.

Masuk pertengahan plot, aku mula marasakan ceritanya sedikit mendatar walaupun ia sebenarnya bermula dengan agak baik sebelum diakhiri dengan pengakhiran/ ending yang ternyata adil kepada kedua pihak mahupun pembaca sendiri. Antara unsur-unsur suspen yang ada ialah ketika kemunculan mengejut Jeffri di Pulau Kapas dan ketika kemunculan mengejut Ari mendengar perbualan Ain-Jeffri di penghujung cerita.
Sejujurnya, aku sendiri berpuas hati dengan ending novel ini ternyata berbeza dengan jangkaan awal aku bahawa Ain tidak akan memilih sesiapa. 
Berbaloi rasanya 447 helaian diselak untuk menghayati hasil karya Haswida Abu Bakar ini.

Antara istilah/ ayat yang paling aku suka (mungkin akan aku gunakan dalam hidup) ialah somebody on or off dan we start new, from fresh. Like... Hi I'm Jeffri? You are? ... Ain, nice to meet you.


4 out of 5 stars
P/s: Bagi yang belum mendapatkan novel 26 Episod Gosip, anda boleh dapatkan di semua bookstores seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan lain-lain. Anda juga boleh ke booth Jemari Seni di mana-mana Pesta Buku yang akan datang.


Dipetik dari keratan akhbar.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

04 Oktober 2013

Girlfriend Yang Cantik Tapi Boyfriend Tak Hensem (must read)

Salam semua dan hai.
Semalam aku blogwalking blog sorang lelaki ni. Tertekan satu link kat twitter. Sebenarnya jarang juga aku blogwalking blog lelaki. 

Sedang leka membaca, baru aku perasan yang lelaki ni ada upload gambar dia bersama girlfriend dia. Aku juga perasan yang lelaki ni tidaklah hensem tapi girlfriend dia sangat cantik dan hot ala-ala Nora Danish. Pelik kan. Ceritanya di sini, macammana dorang ni boleh couple?


Then, aku blogwalking ke beberapa blog gadis-gadis pula. Yang cantik dan hot terutamanya. Dari apa yang aku tengok, rata-rata dari mereka yang cantik memiliki boyfriend yang agak tidak pinang-dibelah dua. Agak tak berapa nak hensemlah maksud aku. So, macam yang aku katakan tadi, agak pelik.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata sorang kawan aku, Nabilah mase kat Kolej Unikop dulu. Dia ada cakap yang “Gadis cantik dan comel biasanya akan memilih lelaki yang tak berapa hensem. Agar mendapat keseimbangan dalam hubungan”. Ia sekaligus mengubah minda aku yang sebenarnya tiada kita yang sempurna dalam dunia ini. Mungkin juga ia memberi bayangan yang membuktikan manusia tak semestinya akan dapat apa yang diimpikan. 

Ingat, dalam dunia ni perkara yang mustahil selalunya terjadi di luar jangkaan kita. It could be anything and anytime. Penulis dan wartawan terkenal dari Amerika, Lemony Snicket (2004) menerusi bukunya, The Blank Book telah menyatakan “People don't always get what they deserve in this world.” 


NAJ
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!