CARI DI BLOG INI

04 Oktober 2013

Girlfriend Yang Cantik Tapi Boyfriend Tak Hensem (must read)

Salam semua dan hai.
Semalam aku blogwalking blog sorang lelaki ni. Tertekan satu link kat twitter. Sebenarnya jarang juga aku blogwalking blog lelaki. 

Sedang leka membaca, baru aku perasan yang lelaki ni ada upload gambar dia bersama girlfriend dia. Aku juga perasan yang lelaki ni tidaklah hensem tapi girlfriend dia sangat cantik dan hot ala-ala Nora Danish. Pelik kan. Ceritanya di sini, macammana dorang ni boleh couple?


Then, aku blogwalking ke beberapa blog gadis-gadis pula. Yang cantik dan hot terutamanya. Dari apa yang aku tengok, rata-rata dari mereka yang cantik memiliki boyfriend yang agak tidak pinang-dibelah dua. Agak tak berapa nak hensemlah maksud aku. So, macam yang aku katakan tadi, agak pelik.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata sorang kawan aku, Nabilah mase kat Kolej Unikop dulu. Dia ada cakap yang “Gadis cantik dan comel biasanya akan memilih lelaki yang tak berapa hensem. Agar mendapat keseimbangan dalam hubungan”. Ia sekaligus mengubah minda aku yang sebenarnya tiada kita yang sempurna dalam dunia ini. Mungkin juga ia memberi bayangan yang membuktikan manusia tak semestinya akan dapat apa yang diimpikan. 

Ingat, dalam dunia ni perkara yang mustahil selalunya terjadi di luar jangkaan kita. It could be anything and anytime. Penulis dan wartawan terkenal dari Amerika, Lemony Snicket (2004) menerusi bukunya, The Blank Book telah menyatakan “People don't always get what they deserve in this world.” 


NAJ
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)