Review 26 Episod Gosip oleh Haswida Abu Bakar Terbitan Jemari Seni

Salam semua.

Setelah review novel mental mencapai hampir 500 pembaca, tergerak hati nak review novel 26 Episod Gosip. Klik sini untuk review novel MENTAL terbitan Fixi.

Judul:  26 Episod Gosip
Penulis: Haswida Abu Bakar
Penerbit: Jemari Seni
Mukasurat: 447 halaman

matahari bukan pelakon yang boleh disuruh ulang berlakon
Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan ‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya...
Scene 1
“Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!”
Mak pandai menyanyi ke?”
“Bolehlah!”
“Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman.
“Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi.
Scene 2
“Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?” usik Rosie.
“Bukan senang tau, nak ‘terpakai’ blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni,” gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.
“Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frustterlebih tonggeng kau,” leter Posh.
* * *
HASWIDA ABU BAKAR mahir terap ilmu perfileman untuk ‘mengarah’ novel 26 Episod Gosip. ‘Tontonlah’ bagaimana HASWIDA ABU BAKAR menggerak watak-wataknya menjadi sebuah telenovela.

REVIEW (Tiada Spoils)

Gigih rasanya aku baca novel ni. 447 pages berbanding review novel sebelum ni, Mental hanyalah 300 pages. Ini adalah novel kedua terbitan Jemari Seni aku baca selepas Tunas by Hlovate.  
Ironinya, novel ini ditulis oleh pensyarah fakulti filem UiTM, Haswida Abu Bakar di bawah kategori third person narrative.

Latar tempat yang digambarkan ialah belakang tabir sebuah produksi (Media Sinematik) di set penggambaran untuk sebuah telenovela yang diberi tajuk Jas. Diambil sekitar Kuala Lumpur, Pulau Kapas, Terengganu dan Melaka. Johor Bharu dan Alor Setar juga digunakan sebagai latar tempat.
Pertama sekali, aku tabik cara Haswida manage dan arrange watak yang ramai dan dalam masa yang sama holds persoalan cerita sehingga part ending. Pujian harus diberikan kerana setiap watak dipecah personalitinya satu persatu.  

Gaya bahasa yang digunakan pula tidak lari dari konteks penulisan novel sebenar. Ia memperlihat gayanya yang tersendiri.
Tulisan Haswida di dalam 32 bab novel ini lebih kepada kontemporari, ia menyeluruh dalam memberitahu sesuatu situasi dan menyampaikan sesuatu maksud tertentu.
Contohnya, ketika menyampaikan sesuatu babak/ keadaan, jelas Haswida lebih prefer kepada penggunaan elemen makanan untuk memantapkan sesebuah ayat yang represents sesebuah babak itu. (keropok lekor, bubur nasi, sotong dan lain-lain)
  
The first point of view, Ain Nurlisa Amir Lukman seorang Penolong Pengarah yang baru bukan seorang gadis yang biasa-biasa. Dia seorang wanita yang kasar, serabai, degil dan keras hati merujuk kepada kata-kata Ari Zaman. Sikapnya juga sedikit panas baran. Terbayang juga bagaimana rupanya si Ain Nurlisa ni di saat menyelak halaman demi halaman. 
Gadis ini menjadi rebutan antara aktor top iaitu Jeffri Hussien dan aktor baru nak naik, Ari Zaman selain Raid yang awal2 sudahpun mengangkat bendera putih. Gaya kedua-dua aktor metroseksual, digambarkan sangat hensem dan player. Jeffri seorang yang suka mendesak untuk mendapatkan sesuatu manakala Ari Zaman lebih memendam keinginan dan sabar. Dikembangkan juga bekas teman wanita kedua-dua aktor. 

Oppps, dua players berebut gadis seperti itu. How come? 
Bagi aku sendiri, inilah kelainan yang ingin ditunjukkan Haswida. 
Kedua-dua pihak meluahkan sebab mengapa Ain menjadi pilihan instead of semua bekas teman wanita mereka yang cantik, manja, putih gebu dan bergaya. Sebab-sebab yang dinyatakan pada aku boleh diterima dari segi logik akal dan realiti zaman kini. 
Sesungguhnya semua perkara yang berlaku bersebab kan?
Ia sekaligus mengingatkan aku, tiada apa yang mustahil di dunia ini seperti realiti perlawanan akhir Euro 2012, tiada siapa menduga pasukan seperti Itali dibelasah 4 gol oleh Sepanyol.

Masuk pertengahan plot, aku mula marasakan ceritanya sedikit mendatar walaupun ia sebenarnya bermula dengan agak baik sebelum diakhiri dengan pengakhiran/ ending yang ternyata adil kepada kedua pihak mahupun pembaca sendiri. Antara unsur-unsur suspen yang ada ialah ketika kemunculan mengejut Jeffri di Pulau Kapas dan ketika kemunculan mengejut Ari mendengar perbualan Ain-Jeffri di penghujung cerita.
Sejujurnya, aku sendiri berpuas hati dengan ending novel ini ternyata berbeza dengan jangkaan awal aku bahawa Ain tidak akan memilih sesiapa. 
Berbaloi rasanya 447 helaian diselak untuk menghayati hasil karya Haswida Abu Bakar ini.

Antara istilah/ ayat yang paling aku suka (mungkin akan aku gunakan dalam hidup) ialah somebody on or off dan we start new, from fresh. Like... Hi I'm Jeffri? You are? ... Ain, nice to meet you.


4 out of 5 stars
P/s: Bagi yang belum mendapatkan novel 26 Episod Gosip, anda boleh dapatkan di semua bookstores seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan lain-lain. Anda juga boleh ke booth Jemari Seni di mana-mana Pesta Buku yang akan datang.


Dipetik dari keratan akhbar.

Ulasan