CARI DI BLOG INI

24 Februari 2014

30 Larangan Untuk Yang Bergelar Wanita. #mustread


1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
 


Sumber: Facebook
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

20 Februari 2014

Kenali Penyakit Mental Skizofrenia. Berkomunikasi dengan Individu Tidak Wujud. #mustread

Kecelaruan pemikiran, emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan. 

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental dan gangguan otak yang wujud dalam pelbagai bentuk. Skizo bermaksud jiwa manakala Frenia bermaksud retak. Penyakit ini melibatkan kecelaruan pemikiran, emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan. 


GEJALA & TANDA-TANDA
Pesakit akan berkelakuan pelik seperti bercakap dan ketawa sendiri, mengabaikan kesihatan diri, mengalami insomnia(gangguan tidur) atau merayau tanpa hala tuju. Keadaan ini menyebabkan pesakit mempunyai perasaan rendah diri dan mengasingkan diri mereka daripada masyarakat. Kesannya, pesakit Skizofrenia akan membunuh diri atau melakukan jenayah seperti pembunuhan.

Dari segi tingkah laku, pesakit skizofrenia (Schizophrenia) misalnya akan mengadu bahawa orang lain tidak suka kepada dirinya, sentiasa syak wasangka, suka memencil diri dan enggan bergaul dalam masyarakat.

Mereka tidak terurus (fikiran dan penjagaan diri) dan selalu mengalami halusinasi atau delusi seperti melihat individu dan dunia yang tidak wujud, mendengar suara ghaib dan bisikan-bisikan, seolah-olah ada seseorang sedang bercakap mengenainya.


AKIBAT
"Apabila pesakit mengalami tekanan dan tidak tahan dengan bisikan-bisikan itu, mereka akan bertindak agresif seperti menyerang orang lain kerana beranggapan mangsa mengata diri pesakit,” kata seorang pakar.
 

Sesetengah pakar menyatakan ianya merupakan bipolar penyakit keturunan yang mana pesakit akan mengalami dwipolar (dua perasaan) iaitu terlalu gembira atau terlalu sedih.

Apabila pesakit terlalu gembira, mereka akan banyak bercakap dan sukar berhenti sehingga dia menjadi terlalu letih.

Rentetan keletihan itu, pesakit tidak boleh tidur tetapi muncul semangat dan tenaga sangat tinggi.

Berdasarkan pengalaman seorang pakar, pernah ada pesakit berjalan kaki dari Tapah ke hospital Bahagia, Tanjung Rambutan sehingga kakinya bengkak. Tetapi pesakit langsung tidak berasa letih. Keadaan seperti ini, kita panggil ‘mania’ kerana pesakit terlalu gembira dan seronok.

Sementara itu, jika pesakit terlalu sedih, ia dipanggil sebagai ‘depression’ yang mana mereka yang mengalaminya sentiasa menangis, memencilkan diri, rasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini walaupun perkara itu terlalu remeh-temeh.


STATISTIK
Menurut Prof. Dr. Mohamad Hussain (Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya) kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit pada awal usia 20-25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 20-36 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan skizofrenia menjejaskan 24 juta orang di seluruh dunia dengan kebanyakan mereka berusia antara 15-35 tahun. 

Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, 50 peratus tidak menerima rawatan yang sepatutnya yang membabitkan 90 peratus daripada negara membangun, termasuklah negara kita. Seterusnya, 10 peratus daripada penghidap penyakit tersebut membunuh diri atas kesengsaraan penyakit tersebut.

RAWATAN PEMULIHAN
Dengan bantuan psikiatri dan perhatian yang lebih dari ahli keluarga dilihat antara jalan penyelesaiannya untuk pesakit pulih dari masalah ini. Selain itu, rawatan berasakan ayat Al-Quran juga memainkan peranan yang penting dalam pesakit mengenali diri mereka semula. 

Akan tetapi, penyelesaian terbaik adalah dengan kembali pada diri sendiri.

PERBEZAAN SISTEM/ SEL PADA FIKIRAN (OTAK)


Skizofrenia adalah penyakit yang diakibatkan gangguan susunan sel-sel syaraf pada otak manusia.
Secara kesimpulannya, Skizofrenia merupakan penyakit mental yang berkait dengan gangguan proses berfikir dan tindakbalas emosional yang buruk. Keadaan tersebut sering berhubung melalui halusinasi pendengaran, delusi paranoid atau kecelaruan fikiran yang disertai gangguan gejala sosial. 

Sumber: Blog milik Prof. Dr. Mohamad Hussain

P/s: Seharusnya, janganlah memandang remeh akan tanda-tanda kecil Skizofrenia kerana gejala yang kecil itulah menjadi titik permulaan kepada situasi yang lebih teruk. Lihat sekeliling rakan anda. Perlu diingat, perkataan 'gila' sangatlah sensitif untuk pesakit Skizofrenia. 
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!