Kasut Converse Dah Koyak, Beralih Angin Kepada Sneakers Everlast.

Salam semua.
Lepas je selesai Majlis Anugerah Dekan KLIK SINI, aku ngan Frentele, Hafiz, Yop, Asyraf, Felix jenjalan kat Sunway Pyramid.

Sebenarnya, dah lama ada niat nak beli kasut baru mengenangkan kasut Converse aku dah rupa apa ntah. Aku dah gunakan kasut tu lebih kurang 2 tahun (Sem 3 sampai sem 5).

So, sampai je Sunway, dah nampak Converse Store. Masa tu memang hati kata nak terus pakai Converse, tapi bila tengok kasut yang berkenan tu dua ratus lebih, wow memang naik harga disitu. Kenapa ye? Semestinya sebab musim perayaan nak dekat. So, aku bertukar angin ke Everlast, store dia bersebelahan je.

Tanpa berfikir panjang, aku terus beli. Itu pon nasib baik ada baki yang cukup dalam atm. Aku malas nak beli mahal2 macam converse sebelum ni. Dua tahun guna dan jaga elok2, tetap koyak kan. So, tengok dulu sejauh mana everlast ni boleh pergi.

Ni dia. Aku prefer silver sebab senang nak matching dengan banyak kaler baju atau seluar. Kaler2 selain ni ada kaler merah, biru dan hitam. Sebenarnya, mula2 aku teringin kaler biru tapi mengenangkan kaler biru tu hanya sesuai digayakan dengan seluar yang terang. Memang tak la kan aku nak pakai seluar terang macam kpop tu ohh.

Aku suka logo kat belakang tumit ni, converse sebelum ni aku pakai, tulisan dia tak timbul dan sekejap je hilang tulisan tu. Kasut ni di bawah kategori - Canvas sneakers yang mana lebih murah daripada sneakers Converse (RM179 keatas)

Faktor lain yang membuatkan aku suka kasut ni, bahagian dalam dia. Tepi hitam, tapak putih disusuli logo Everlast. Wow, awesome dan kemas.

Esoknya, aku beli kasut formal sebab kasut yang sebelum ni hilang entah ke mana. Aku beli pon sebab next week tu ada interview kat wisma Sime Darby KL. Harga murah je, RM49. Malas aku nak pilih, rasanya semua lebih kurang sama je desain dia.

Ni la antara kasut kesayangan aku sebelum ni. Nike tu kasut untuk futsal dan jogging. Kasut Converse yang koyak tu kembali ke tempat asal dalam kotak ni. Sebagai kenangan la katakan. Nanti 10 tahun lagi harga dia melonjak dua tiga atau empat belas kali ganda. Hahaha.


P/s: Entri ni bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sesuatu tapi sekadar berkongsi dengan pembaca tentang barang yang aku sayang. Ada banyak kasut dengan harga puluh ribu ringgit kat luar sana tu :) 

Ulasan

  1. everlast memang smart n murah sikit daripada converse.
    hm bilalah dapat beli t_t

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan. Tapi design tak beza sangat. Dua2 brand memang kemas, smart.
      Bila boleh beli? Jangan risau, duit raya minggu depan pasti akan membantu. Heeee :)

      Padam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)