CARI DI BLOG INI

16 Jun 2014

Kita Tidak Mampu Memilih Rupa Bentuk Sendiri.



Lelaki atau perempuan, berhidung mancung atau penyek, berkulit cerah ataupun gelap, itulah ciptaan ALLAH buat kita. Kita sendiri tidak berkuasa penuh pada tubuh badan kite. kadang-kadang, banyak perkara yang tidak kita inginkan tetap ada pada diri kita.

Ada orang cuba menukar jantina kerana tidak berpuas hati dengan jantina mereka. Ada orang menggunakan pelbagai ubatan bagi memutihkan kulit mereka. Ada yang melakukn pembedahan kerana mereka tidak puas hati dengan bentuk mata dan hidung mereka. Ada juga org melakukan pembedahan berulang kali apabila usia semakin tua bagi membaiki kedut-kedut yang muncul pd kulit.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan, mengubah rupa bentuk asal tidak kekal , malah mengundang bahaya. Kita tidak dapat menambah tangan yang sudah ada ataupun menambah lagi mata supaya menjadi empat. Kita tidak akan mampu melawan tua . Mahu ataupon tidak, hampir semua org mesti melalui tempoh tua sebelum meninngal dunia.

Dlm surah AL-QASAS , ayat 68 Allah sendiri beritahu kita bahawa Dia menjadikan apa yang Dia inginkan dan menentukan pilihan sendiri. Semua makhluk ciptaan Allah tidak mampu memilih bentuk kejadian mereka.

Apabila kita sendiri tidak mampu memilih perkara yang ada pada diri kita sendiri, tentu ada kuasa yang mencipta dan menentukan rupa bentuk kita. Dialah yang membentuk rupa kita semasa kecil, dia juga yang membentuk rupa kite selepas kita dewasa. Kuasa itu adalah TUHAN kita iaitu ALLAH yang mencipta manusia dan seluruh alam ini.


P/s : Bersyukurlah setiap ciptaan Allah SWT.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)