Majlis Anugerah Dekan 2014, Dewan Agong Tuanku Canselor. I was here. (GAMBAR)

Salam semua.
Khamis 13 Jun 2014 minggu lepas, aku berkesempatan ke majlis Amanat dan Anugerah Dekan 2014 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Kali kedua diadakan di DATC yang sebelum ini biasa diadakan di perkarangan fakulti, UiTM Puncak Perdana.


Kredit gambar: yayahana.blogspot.com
Aku gerak dari rumah dengan Hafiz yang juga penerima Anugerah Dekan. Gerak dari rumah jam 8.10 dan sampai 9 tepat. 

Red carpet jadi penyambut tetamu. Hahah bajet2 je. Bila jalan atas ni rasa macam something sebab kat rumah takde benda alah ni. Tak percaya, cubalah. Haha.

Seats sebelum kehadiran semua. Dewan ini boleh memuatkan 5,000 audiens dalam satu2 masa. Majlis bermula pukul 10.45 pagi.

Selesai je daftar nama, terus cari seat aku. Okay la, betul2 depan pentas tapi tengah dewan. Boleh borak2 dan tidur. Hahaha.

Dekan, Prof Madya Razak Mohaideen memulakan ucaptama dan memperkenalkan semua lecturers yang berkhidmat untuk fakulti Fita. Ada lecturer baru Azmeer, penggubah lagu tu.

Tetamu jemputan, Norman KRU memberikan pendapatnya serba sedikit tentang industri perfileman negara.

Penyampaian sijil dan cenderahati untuk penerima anugerah Dekan yang terdiri daripada pelajar degree dan diploma.

Gambar aku yang sempat Aju snap atas pentas. Sumpah masa ni memang jalan pon macam apa, nervous dan sejuk. Almaklumlah, kat rumah takde pentas ohh. Belakang tu set teater yang dipentaskan malam tu sempena minggu karya-one UiTM.

Sijil dan Cadbury. Opps nampak je macam cadbury. Sebenarnya bukan. Seramai 9 orang pelajar terpilih untuk kos aku, Penulisan Artistik (CT112). 5 orang yang hadir - Asyraf, Alya, Dolie, Frentele dan aku sendiri.

Ni dia. Pen ajaib yang boleh guna sampai bila-bila. Teringat kat pen ajaib dakwat hilang sendiri dalam filem Senario The Movie.

Selfie Mode: Anugerah Dekan 2014 (berangan ala-ala Academy Awards)

Frentele Titus seorang pendengar masalah aku yang baik tak kira masa dan tempat. Semua gambar aku upload kat instagram, follow nizamabujalil.

Semua penerima dapat Nasi tomato dan 100plus. Roti dan epal lupa nak snap. Ada rasa bersalah gak bila nak makan sebenarnya. Makanan disediakan hanya untuk penerima anugerah je. 
Aku appreciate dan respect semua pelajar yang tidak disenaraikan penerima anugerah tetapi hadir memenuhkan kerusi.

Untuk semua kawan-kawan yang sambung degree di fakulti ni, selamat maju jaya aku ucapkan :)

P/s: Rasa macam konvo je bila jumpa balik semua kawan-kawan. Semestinya next target aku mestilah nak dapat sekali lagi di zaman degree akan datang. In sha Allah. Konvokesyen akan diadakan pada bulan November.

Update: Istiadat Konvokesyen ke-81 yang aku hadiri pada Disember 2014. KLIK SINI.

Ulasan

  1. Congrats..! tunggu graduate degree..akan ku sampai di sini.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh untunglah sekarang tunggu konvo degree je :)
      Saya ni baru nak masuk on September.

      Padam
  2. Thanks. I'll keep it up.
    Dah blogwalking your blog :)

    BalasPadam
  3. first time krungkrung jumpa blog lelaki yg kemas sebegini rupa wahhhh huhu excited:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya suka template yang kemas, biar saya dan readers sedap mata memandang.
      Saya tau, takde orang yang suka benda yang serabut.
      Anyways, Thanks :)

      Padam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)