CARI DI BLOG INI

07 Disember 2014

Hai OnePlus One, Selamat Berkenalan. (Review)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada tulis entri semua henfon kepunyaan aku sehinggalah sekarang.


Henfon terakhir di dalam entri itu jatuh kepada Note 1. Sebenarnya aku dah 3 bulan lebih selesa pakai OnePlus One 16GB White. Mungkin ada yang tak pernah dengar smartphone ni tapi OnePlus keluarkan model ni untuk bersaing dengan pasaran Galaxy Note 3, Sony Xperia Z3 dan HTC M8 dengan harga yang jauh lebih murah. OnePlus One digelar flagship killer. Boleh rujuk spesifikasi di sini KLIK SINI

Ni kotak dia yang lain dari yang lain. Sama besar dengan kotak pizza hut. Haha.

Harga dia RM1069 untuk set AP. Setakat ni, One Plus belum lagi buka market di Malaysia. Maybe next year. Aku beli kat 1Gadget, Menara PGRM Cheras dengan dua hero gadis2  Aman dan Hairi.

Ni rupa dalam kotak selepas unboxing. Ada dua kotak kecil di dalam.

Disertakan sekali dengan free gifts seperti Touch U (memudahkan jari memegang henfon), card-reader, USB port for SmartPhone dan wayar USB.

Di bawah henfon, ada pencungkil sim mikro, wayar USB dan manual. Semuanya bertemakan merah (Man United).

Kotak kedua pula terdapat charger 2 pin.

Skrin beresolusi 1920x1080 dengan 401 ppi memang terbaik dengan harga yang murah.

Banyak masa aku habiskan dengan mendengar MP3 dan layan youtube. Beats tu beli sendiri ya, tak disertakan sekali dalam kotak. Yang bestnya MP3 dia ada app khas untuk kawal equalizer dinamakan Audio FX. Dua stereo speaker bahagian bawah dikuasakan oleh cip DAC Yamaha dan dialunkan oleh JBL memang sedap telinga mendengar.

Antara 2 sebab semua orang nak memiliki smartphone. Kualiti kamera dan games. OnePlus One menggunakan lensa yang sama digunakan smartphone Sony. Kamera beresolusi 13MP dan 5MP dihadapan. Untuk menukar mode contohnya HDR, hanya perlu slide kebawah. Pengalaman layan game sangatlah mengujakan grafik dia. Contohnya, game Clash of Clans (COC).

Gambar ni merasmikan kamera henfon ni. Kedua-dua gambar dengan mode HDR. Masa ni OTW balik dengan jalan jammed.

Ni pula gambar menggunakan kamera hadapan dengan mode auto.

Aku suka galeri gambar dia dengan gaya timeline.

Baru 2 minggu guna, pecah tempered glass 50 hengget. Aku pon terus ke page lelong untuk IMAK case dan tempered glass baru dengan harga RM17 serba satu. Barulah berkilat skrin dan boleh protect mata lepas pasang tempered glass kan. Menggigil gak la tangan aku pasang sendiri. Haha. 


P/s: Bateri dia sangatlah super duper tahan lama. Bayangkan pagi ke tempat kerja dengan 87%. Masa lunch boleh online FB, IG. Balik rumah terus bersiap futsal pada sebelah malam. Balik futsal lepak minum member boleh main COC. 12 malam kat rumah tengok bateri 16%. Memang terbaiklah kan kapasiti bateri 3,100 MaH. Tak sabar nak tengok OnePlus Two. Mesti lagi power.

Update 31 Januari 2015: Aku kini beralih angin ke HTC One M8. KLIK SINI.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!