CARI DI BLOG INI

13 Januari 2015

Konvokesyen UiTM ke-81. Tercapai Sebuah Impian Untuk Ke Menara Gading. Amboi. (GAMBAR)


Salam semua,
bulan Disember tahun lepas, aku berkesempatan ke Istiadat Konvokesyen ke-81 di Dewan Tuanku Naib Canselor, UiTM Shah Alam. Semua ni antara gambar-gambar yang menjadi pilihan aku sepanjang sesi konvo berlangsung.

Bergambar dengan dua budak tengah single, Dayah dan Lucy. Tak sedar diri betul padahal diri sendiri pon single.


Balik tu singgah KFC Seksyen 2 then apa lagi melantaklah kami semua sampai kenyang. Semestinya inilah antara kenangan yang takkan aku lupakan dalam hidup. Thanks kepada semua kawan-kawan yang sudi jadi tukang dengar, tukang teman dan tukang pinjam duit kepada aku selama 3 tahun belajar di sini. 


P/s: Insha allah aku akan sambung degree dalam bidang Pentadbiran Perniagaan tahun ni.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

04 Januari 2015

Selamat Tahun Baru Dua Ribu Lima Belas

Salam semua.
Pertama sekali sebelum terlupa, dah memang terlambat aku nak ucapkan, Selamat Tahun Baru 2015. Semoga semua dapat merealisasikan azam yang ditargetkan tu walaupun ada yang tak masuk akal. Takpe, tak salah berangan demi cita-cita asalkan jangan sampai jadi psiko atau ke arah menyusahkan diri sendiri.

Sangat lama aku tak update blog. Paling latest pon, 7 Disember hari tu. Secara keseluruhannya, aku berjaya menulis 15 entri sepanjang tahun 2014 yang mana mencatat lebih kurang 150, 000 hits. Trafik paling tinggi sepanjang masa.

Paling banyak mengikut bulan jatuh pada bulan Oktober sebanyak 25, 924 hits walaupun hanya satu entri sahaja diupdated. Thanks kepada semua pembaca.

Permulaan hidup aku pada tahun baru bukanlah seperti yang aku jangkakan. Hari pertama tahun baru, dapat satu SMS dari kawan lama. Dia bagitau ayahnya meninggal dunia akibat kanser pada 31/12/2014 dan selamat dikebumikan pagi tahun baru. Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.


Ada satu janji yang aku tetapkan sebelum arwah meninggal dunia. Aku tepati janji itu pada hari kedua tahun baru. Perasaan aku time tu? Hanya tuhan saja yang tahu.


P/s: Selamat Tahun Baru wahai pembaca-pembaca yang awesome. Semoga apa sahaja yang dihasratkan akan tercapai  dengan usaha yang murni :)

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!