CARI DI BLOG INI

04 Januari 2015

Selamat Tahun Baru Dua Ribu Lima Belas

Salam semua.
Pertama sekali sebelum terlupa, dah memang terlambat aku nak ucapkan, Selamat Tahun Baru 2015. Semoga semua dapat merealisasikan azam yang ditargetkan tu walaupun ada yang tak masuk akal. Takpe, tak salah berangan demi cita-cita asalkan jangan sampai jadi psiko atau ke arah menyusahkan diri sendiri.

Sangat lama aku tak update blog. Paling latest pon, 7 Disember hari tu. Secara keseluruhannya, aku berjaya menulis 15 entri sepanjang tahun 2014 yang mana mencatat lebih kurang 150, 000 hits. Trafik paling tinggi sepanjang masa.

Paling banyak mengikut bulan jatuh pada bulan Oktober sebanyak 25, 924 hits walaupun hanya satu entri sahaja diupdated. Thanks kepada semua pembaca.

Permulaan hidup aku pada tahun baru bukanlah seperti yang aku jangkakan. Hari pertama tahun baru, dapat satu SMS dari kawan lama. Dia bagitau ayahnya meninggal dunia akibat kanser pada 31/12/2014 dan selamat dikebumikan pagi tahun baru. Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.


Ada satu janji yang aku tetapkan sebelum arwah meninggal dunia. Aku tepati janji itu pada hari kedua tahun baru. Perasaan aku time tu? Hanya tuhan saja yang tahu.


P/s: Selamat Tahun Baru wahai pembaca-pembaca yang awesome. Semoga apa sahaja yang dihasratkan akan tercapai  dengan usaha yang murni :)

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)