CARI DI BLOG INI

18 Februari 2015

Merasa Sate Tulang Jelebu Dengan Family Di Senawang, Seremban.

Salam semua.
Semalam aku bawak femili pergi jalan-jalan cari makan. Takdelah cari sangat sebenarnya sebab memang dah lama plan nak rasa sendiri sate famous kat Seremban, Satay Tulang Jelebu. Kalau tak tau kat mana, tempat ni dekat dengan dataran Senawang (downtown) berhadapan dengan Ice Room.


Rasanya dari kecik aku & adik beradik minat sate tapi bila dengar sate tulang ni tengah famous, kenalah try kan. Kalau dah nama sate tulang, tak semestinya 100% tulang, ada je isi dia. Hanya pada nama je, macam KLIA la bukannya terletak kat KL kan. 

Kredit gambar: http://ayudenira.blogspot.com/
Kitaorang order sate tulang ayam 20 cucuk dan nasi impit. Secucuk RM1.10 je. Affordable.

Khusyuknya mereka makan kan. Serius makan 2 or 3 cucuk dah kenyang kot. Marinate dia memang sedap. Bila makan dalam dia terasa juicy. Selain sate tulang, kat sini ada juga sediakan makanan Thai. Macam aku sendiri order nasi goreng paprik, Intan ngan Along makan nasi goreng ayam dan sup ekor.

Macam biasalah tangkap gambar sendiri dengan penuh kepoyoan dan kekontrolan. Lupa satu lagi penuh kehenseman.

Permandangan luar restoran. Kitorang makan kat dalam tapi still rasa angin malam yang super duper sejuk. Memang ramai orang tu sebab kitorang buat tempahan awal by a call. Macam ada motif lain je tangkap gambar permandangan luar ni. Hahaha.


P/s: Masa tulis entri ni, rasa macam nak pergi sekali lagilah. RM22 untuk 20 sate yang besar memang berbaloi kan?

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

6 ulasan:

  1. nampak mcm sedap jer, ni tak rasa lagi dah kecur air liur nengok sate tulang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kena rasa dulu, lagi banyak terliur nanti :)

      Padam
  2. Sedap..nk try...ada resipi blh share??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha makan je boleh, kalau boleh minta resepi, bankrap boss besar satay ni.

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)