CARI DI BLOG INI

10 Februari 2015

Tangan Mengada Buat Popcorn Karamel Ala-Ala Royale Popcorn

Salam semua.
Lepas berjaya dalam  first attempt buat Cadbury Jar (KLIK SINI), kali ni aku terus ke resepi seterusnya apa kali kalau bukan favourite dish semua bila layan movie, popcorn karamel.

Aku terdetik nak buat sendiri sebab dah malas nak keluar banyak duit beli kat TGV. Harga dia RM14.90 kot. Kadang2 datang sana just untuk beli popcorn royale dia je tue.

Kali ni aku nak share resipi mudah gila buat Popcorn ala-ala Royale Popcorn atau Garret Popcorn macam gambar kat atas ni. Tangan siapa tu, guna quputeh ke, ehh perasan disitu.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah jagung kering, gula perang, planta, minyak dan cawan.
Masukkan 2 sudu minyak dan dua sudu planta dan ratakan. Gunakan api kecik.
Untuk permulaan aku gunakan satu cawan jagung kering.
Bila minyak tu dah panas, masukkan jangung kering ke dalam kuali dan kacau supaya semua biji kena minyak. Dalam kurang 4 minit tu akan ada tanda2 nak meletup/ meledak, tutup dengan penutup periuk atau loyang (kuali aku guna ni agak besar).

Pastikan semua biji tu meletup. Boleh kacaukan untuk memastikan semua biji jagung meletup/masak dan ini hasilnya.

Jangan lama sangat atas kuali nanti boleh hangus.
Untuk karamel pula, masukkan dua sudu planta dan ratakan.
Gunakan satu cawan gula perang. Masukkan gula perang sesudah planta diratakan di atas kuali.

Kacau dan tutup api selepas 4 minit. Tak boleh lama sangat atas kuali nanti rasa dia akan affected.
Gaulkan karamel dengan popcorn tadi tu.
Inilah hasilnya selepas digaulkan dengan karamel.
Tangan pon nak interframe sama kan.
Alhamdulillah percubaan pertama buat popcorn karamel berjaya. Rupa dan rasa boleh dikatakan 95 persen sama dengan royale atau garret. Ehh 90 persen cukuplah kan melampau dan overnya disitu. So, korang boleh cuba buat popcorn ni kat rumah dan kreditkan blog ni ya. Kalau boleh buat sendiri kenapa harus beli kan?


Thanks to Nur Farahin Aleeeda S dan Loly Pop di atas kesudian anda berdua share entri ni.

P/s: Nanti sebelum keluar tengok wayang boleh standby popcorn banyak2. The Avengers 2, ohhh tak sabarnya!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

4 ulasan:

  1. waa lama dh xmakan popcorn nih..!! hehe

    blogwalking here..#nuffnangclick #happy blogging #shukranzahari.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat weekend ni. Dijamin memang sedap.

      Padam
    2. Gud2..bleh try ni..feveret popcorn gua..mna bleh cri popcorn saiz gergasi ala royale

      Padam
    3. Cepat buat sekarang. Boleh makan banyak2.

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)