CARI DI BLOG INI

18 April 2015

Sambut Hari Jadi ke 23 di HR Steak House, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Salam semua.
Minggu lepas, 10 April merupakan birthday aku yang ke 13, eh 23 tahun. So, untuk memanfaatkan hari bersejarah dunia ni Along decided bawa aku dan adik ke HR Steak House kat Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Terpesona melihat dekorasi yang sangat cantik di sini. Rasa macam nak buka restoran ikut theme ni.

Kitorang order Lamb Leg Chop (kiri atas), Fish and Chip (kanan atas) dan Lamb Chicken Chop (bawah). Harga dalam lingkungan RM16 ke RM22. Menu yang banyak, susah nak buat pilihan nak mana satu. 

Ni aku punya, Lamb Leg Chop. Sangat sedap dan empuk dagingnya. Marvelous! Recommended! 

Macam biasalah, tangkap gambar sendiri yang penuh kehenseman dan kekontrolan.

Perkara wajib bila luangkan masa berharga dengan family mestilah, selfie. Kalau tak, tak sah!

Bahagian luar restoran. Meriah ditambah dengan angin malam yang sejuk dan gemerlapan lampu limpah restoran.

Permandangan di tempat park kereta kitorang. Rasa nak datang lagi sekali untuk order menu lain pula. 

P/s: Makanan yang kita makan bertambah sedap kalau orang belanja. Setuju tak? Mestilah kan.

P/s: Semua gambar di atas ditangkap dengan lensa HTC One M8. Reviewnya di SINI

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

05 April 2015

Bila Bercerita Tentang Perasaan. #Throwback

Hai, salam April semua.
Semalam aku belek semua status lama akaun facebook aku dulu. Mana-mana status yang menggelikan semua aku delete. Tiba-tiba perasan satu status ni sangat priceless sebelum aku deactivated akaun ni.


Yang selalunya status yang aku update jarang mendapat LIKE yang banyak dan juga komen. Yela, orang tak femes lah katakan. Bila keluar status ni, ramai yang liked dan ramai juga yang komen. Akaun facebook aku sekarang pon takde status update, semua update gambar je. 



Girl yang dimaksudkan bukan girl yang sama aku couple dan putus kat kampus tu. (But I did all my best in that relationship)

Ada yang teka kat status tu sendiri dan ada yang teka depan-depan aku and guess what? Tekaan mereka semua salah dan aku lupa siapa orangnya walaupun kelas aku tak ramai 30 orang je. Memang pelupa orangnya si NAJ ni kan.

Pada aku biarlah siapa-siapa pon orang tu. Tak kisahlah Afirah ke, Fitrah ke sebab aku prefer kembangkan karier aku dulu sebelum berkira-kira tentang pilihan teman hidup,


P/s: Birthday aku bulan April. Malas nak letak kat Facebook. Siapa yang ingat, wishlah!
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!