CARI DI BLOG INI

18 April 2015

Sambut Hari Jadi ke 23 di HR Steak House, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Salam semua.
Minggu lepas, 10 April merupakan birthday aku yang ke 13, eh 23 tahun. So, untuk memanfaatkan hari bersejarah dunia ni Along decided bawa aku dan adik ke HR Steak House kat Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Terpesona melihat dekorasi yang sangat cantik di sini. Rasa macam nak buka restoran ikut theme ni.

Kitorang order Lamb Leg Chop (kiri atas), Fish and Chip (kanan atas) dan Lamb Chicken Chop (bawah). Harga dalam lingkungan RM16 ke RM22. Menu yang banyak, susah nak buat pilihan nak mana satu. 

Ni aku punya, Lamb Leg Chop. Sangat sedap dan empuk dagingnya. Marvelous! Recommended! 

Macam biasalah, tangkap gambar sendiri yang penuh kehenseman dan kekontrolan.

Perkara wajib bila luangkan masa berharga dengan family mestilah, selfie. Kalau tak, tak sah!

Bahagian luar restoran. Meriah ditambah dengan angin malam yang sejuk dan gemerlapan lampu limpah restoran.

Permandangan di tempat park kereta kitorang. Rasa nak datang lagi sekali untuk order menu lain pula. 

P/s: Makanan yang kita makan bertambah sedap kalau orang belanja. Setuju tak? Mestilah kan.

P/s: Semua gambar di atas ditangkap dengan lensa HTC One M8. Reviewnya di SINI

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)