Singgah Membeli Di Gadgets World 666 Bangi (Review).

Salam semua.
Dua minggu lepas, aku sempat ke Gadgets World 666 kat Bangi. Ramai yang memperkatakan kedai hasil usaha orang melayu ni di Facebook. Banyak juga cawangan dia seluruh Malaysia.

Inilah barang-barang yang sempat aku rembat kat situ. MP3, Earphone, Headphone dan Memory Card SD.

Di bahagian luar kedai. Kedai ni terletak di blok yang sama dengan Restoran Nasi Ayam Tat.

Apa yang ada di dalam kotak? MP3, Cable dan Earphone. Earphone basic je, memang tak guna pun sebab aku prefer guna earphone HTC. MP3 ni berharga RM10. Murah kan, aku pun susah nak percaya.

Yang bestnya, MP3 ni ada pengepit di bahagian belakang so senanglah aku nak kepit kat baju or seluar aku time jogging petang-petang nanti. 

Dua earphone untuk kedua-dua MP3. Walaupun aku dah ada earphone, saje nak jadikan ni sebagai backup. Sound dia pun boleh tahan walaupun semua RM3 serba satu.

SD card pula berharga RM9 untuk storan 2GB. Dengan memori sebanyak ni, boleh memuatkan lebih kurang 400 lagu. Cukuplah tu kan, kalau letak banyak-banyak nanti tak terdengar pula.

Headphone ni pula berharga RM15. Aku beli khas untuk PC aku kat rumah. Sound dia sedap dan clear ditambah dengan kualiti bass dia. Inilah headphone terbaik antara semua headphone aku try kat kedai ni.

Keadaan ruang dalam kedai. Boleh dikatakan syurga aksesori telefon. Ramai customer time tu.

Kesimpulannya, banyak aksesori telefon yang boleh korang dapatkan di sini. Kecewa pula rasanya bila takde aksesori untuk HTC One aku. Mungkin lepas ni akan ada. Kebanyakan aksesori yang ada untuk iPhone dan Samsung setakat ini. Di sini terdapat banyak barang yang murah contohnya semua barang yang aku beli ni. Lain-lain barang berharga standard pasaran macam powerbank, kabel USB Remax, back case dan lain-lain. Layanan pekerja pula sangat memuaskan. Mungkin akan jejakkan akki ke sini lagi selepas ini.


P/s: OnePlus 2 dah keluar, masih setiakah aku dengan HTC One M8 sedia ada ni? Insha allah.

Ulasan

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)