CARI DI BLOG INI

22 November 2015

Terbeli Henfon Samsung GT-E1270 Di Mines Shopping Complex

Hai semua.
Semalam aku saja teman adik aku ke Mines. Katanya nak beli Oppo Neo 5, takut kena tipu pula beli yang tak ori. Dalam banyak-banyak henfon kat kedai tu, tiba-tiba jatuh cinta dengan satu henfon catchy ni yang dinamakan GT-E1270. Aku panggil henfon lipat merah je. Pendek kata kedua-dua henfon kitorang beli model paling terbaru.

Samsung GT-E1270 berharga RM95.


Lepas dapat je henfon Oppo Neo 5 tu, terus test camera depan dia. Kelihatan muka batak masing-masing di situ. Haha.

Kamera belakang pon boleh tahan kualiti dia. Resolusi kamera 8 MegaPixel. Beli henfon murah tapi dapat paperbag Samsung tu. Hahaha.

So, henfon baru ni menggantikan henfon lipat yang lama (warna merah juga).

Kotak, charger USB 2.0 dan manual.

PERBEZAAN

Saiz reka bentuk kedua-dua henfon.

Body yang lebih besar dan rekabentuk yang lebih feminin berbanding henfon lama.

Butang keypad berlampu serta lebih besar dan lembut. 

Ada logo Samsung di kerangka belakang. Tiada logo di kerangka belakang henfon lama.

Untuk pengecasan GT-E1270 menggunakan micro USB 2.0.

Skrin GT-E1270 lebih besar.

Serba serbi semua warna merah. Almaklumlah, tuan punya henfon taksub sangat kelab Manchester United. Review tentang HTC One M8 KLIK SINI

Bye henfon lama. Selamat jalan dan terima kasih atas perkhidmatan selama ini.


P/s: Henfon yang akan menggantikan HTC One M8 hanyalah iPhone 7 atau iPhone 7S, Tiada yang lain.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)