Singgah Membeli Di Kedai Ustaz MARA Digital Mall, Kuala Lumpur

Salam semua dan hai.
Memandangkan kabel handphone aku dah jahanam, kenalah cari yang lebih berkualiti. So, lepas balik kerja, aku terus ke Kedai Aksesori Handphone Ustaz kat MARA Digital Mall (MDM), Jalan Raja Laut KL. 

Senang je nak cari kedai Ustaz ni. Dari pintu masuk mall ni, ambil eskalator sebelah kiri dan naik ke aras dua terus nampak kedai dia yang tersergam indah ni.  

Aku puji kekemasan premis Kedai Ustaz ni. Sangat teratur. Yang gila gadget macam aku ni, semestinya masuk je kedai ni terus jadi rambang mata. Banyak gila barang best sampai korang rasa nak beli semua. Nasib baik aku ni sedar diri, dalam poket ada RM10 so kenalah beli yang perlu je.

Remax 1000mm quick Charge & Data Full Speed Series. Harga RM12. Kalau yang jual kat ig tu ada sampai RM35. Ada warna kuning, merah dan hitam. Kuning paling cantik dan rare. Sebenarnya niat datang sini nak beli satu barang ni je, terbeli pulak semua yang kat bawah ni.

Stylus Touchscreen Pen. Harga RM3. Boleh acah2 pakai Note. Haha.

Tempered Glass. Satu RM5. Satu guna, satu lagi spare kalau first tu pecah. Sensitif sikit benda alah ni. Kena kunci kereta dalam poket pun boleh retak.

Car Charger berharga RM3. Kalau kat kedai biasa sampai RM10 dia pau. 

Earphone dengan sokongan bass. Berharga RM9. Bass dia memang layan macam Beats. Design je spoil siket.

Semua sekali RM37. Takde jodoh nak beli housing HTC One M8. Habis stok katanya. Banyak barang habis stok. Boleh tengok dari ruang rak kosong. Ramai gila orang walaupun weekday. 

So, kesimpulannya, aku berpuas hati dengan kedai ni walaupun ada barang kehabisan stok. Harga barang murah yang macam tak masuk dek akal. Staff dorang pun mesra pelanggan. Overall, kedai ni paling sesuai untuk sesiapa nak cari aksesori handphone. Jauh lebih baik berbanding dengan Gadgets World 666 kat Bangi. KLIK SINI.


P/s: Nak pergi sekali lagi, harap2 time tu semua barang di-restock dan tak ramai orang.

P/s: Pada 6 April, aku ke kedai Ustaz sekali lagi untuk membeli-belah sekali lagi. KLIK SINI

Ulasan

  1. Singgah baca perihal kedai ustaz di mara digital ni. Ada beza harga tak dengan di kota damansara?

    TQ and nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti sebab belum pernah pergi store damansara lagi.

      Padam
  2. Aah, memang best untuk yang gila gadget macam saya ni.

    BalasPadam
  3. Ade jual external hard disk x ??

    BalasPadam
  4. Pernah beli earphone...cuma RM2...kat tempat lain RM10

    BalasPadam
  5. boleh repair tepon tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Staff diorang pandai tukar tempered glass je :)

      Padam
  6. ada jual speker zenfone tak..tq

    BalasPadam
  7. aksesori kat kedai ustaz paling murah.. terbaekkk..

    BalasPadam
  8. Ade jual bateri samsung j7 x?

    BalasPadam
  9. bole tukar screen hp samsung yg pecah

    BalasPadam
  10. Boleh tukar screen hp samsung yg pecah tak?

    BalasPadam
  11. Berape harge touch screen j2 prime paling murah kat situ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)