Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press

Imej
Salam dan hai. Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya! Judul:  ACAH-ACAH DEEP Penulis: Shazreen Fazlynda Penerbit: Puteh Press Mukasurat: 144 KENAPA BELI? Sebenarnya ini buku adik aku si budak darjah 6 tu yang punya. Aku saja je baca buku idola dia. Then, usha video si penulis ni, famous rupanya dia ni. Tinggi views dia, video pun boleh tahan menarik. Terdetik pula di hati nak buat review yang sekian lama tak buat. Bahasa Utagha Inside. Tengok tu dia siap bagitahu awal-awal tu. REVIEW (Mengandungi spoils) Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23. Baca: Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi inspira

Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall Kuala Lumpur Kali Kedua

Imej
Salam semua dan hai. Lepas habis makan kat Restoran Pak Mal Nasi Ayam (KLIK SINI) , aku terus ke Kedai Ustaz buat kali kedua so bolehlah usha barang-barang baru restocked. Post aku sebelum ni di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, klik link bawah ni.  BACA:   Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, Kuala Lumpur. Kali ni aku berhabis RM45.00, lapan ringgit lebih daripada sebelum ni. Tapi lebih banyak barang. Untuk sesiapa yang tak tau mana satu bangunan MARA Digital Mall ni, ni dia gambar dari google. Terletak di betul2 di Jalan Raja Laut, KL. Masa pergi first time tu, case ni dah habis so bila dah restocked ni, aku kebas sampai tiga. Boleh buat spare kan. Harga RM3 je. Case ni memang selesa pakai kat phone, sedap dipegang, nipis dan berkilat. Kalau nak beli kat pasar malam ni, konfem RM10. Dulu aku pernah beli beats AAA ni kat The Mines dalam RM30. Memang best kualiti bass dia. Bila nampak kat kedai Ustaz ni, terus sambar satu. Harga pun murah RM15.

Makan Di Restoran Pak Mal Nasi Ayam dan Kedai Kopipes Penkek (Pancake) Krabi, Shah Alam

Imej
Salam semua dan hai. Semalam aku renew kad hijau aku kat CIDB Shah Alam. Lepas bayar nak balik tu terasa lapar then aku pusing2 la kat area seksyen 14 tu terjumpa Restoran Pak Mal Nasi Ayam ni. Restoran ni kat tengah2 taman perumahan Seksyen 10. Kredit gambar: Google.com Walaupun menu utama dia nasi ayam, aku lebih tertarik untuk makan feveret aku nasi kukus ayam berempah. Harga dia RM5.50. Teh o ais RM1.50. Pendapat peribadi aku memang berbaloi harga dia dengan portion besar macam ni, diperbagaikan pula dengan kari daging terung, keropok ikan selain ayam goreng berempah, nasi dan sambal belacan. Ayam dia sedap ditambah dengan kriuk-kriuk rangup tu. Kuah kari pun sedap dan sambal memang cukup pedasnya. Memang recommended lah! Kredit gambar: Google.com Kat situ juga ada kiosk kecil Kedai Kopipes Krabi Pancake. Aku pun rasa tergoda nak try penkek nutella macam kat Krabi tu. Almaklumlah tak pernah ke Krabi lagi. Kredit gambar: FB Page rasmi Kedai Kopipes Sena