CARI DI BLOG INI

02 Julai 2016

Memborong Coklat Di Jualan Coklat Beryl's Bangi Seksyen 8

Salam semua.
Semalam aku gigih ke Bangi seksyen 8 sebab Beryl's ada buat sale coklat. Walaupun aku peminat jenama coklat ni, whatsapp group yang bagitau pasal sale ni. Hehe.

Coklat Sale ni hari last dia sampai Jumaat ni. So, sesiapa hantu coklat Beryl's macam aku ni, memang wajib kena borong coklat kat sini sebab kalau hari biasa agak mahal juga harganya.

Orang sangatlah ramai bagaikan tiada hari esok. Aku ingat, aku sorang je peminat Beryl's ni. Hehe. 

Tiramisu. Favourite si dia. 

Banyak pilihan coklat kat sini, aku ambik yang mana favourite aku je. 

Inilah yang berjaya dibawa pulang.

Beryl's Camior. Coklat paling favourite. Packaging yang unik dan rasa dia yang lagi sedap daripada Cadbury. Harga sekotak RM2.60 je. Kalau korang sukakan seseorang, bagi je coklat ni mesti diorang suka.

 First time beli cookies ni, rasa dia ada gabungan pahit dan manis. Harga sekotak RM4.60.

Yang ni rasa yogurt strawberry. Tak terlalu manis. Harga RM3.80 je. 

First time beli ni sebab teringat kawan aku dulu suka sangat tiramisu so saja nak tau kenapalah dia minat sangat. Hehe. Harga sekotak RM11.40.

Semuanya RM51.60. Kalau korang nak beli coklat Beryl's dengan harga murah masih sempat lagi ni. Ada dua hari lagi sebelum sale ditutup. Setahun sekali je sale ni. Akhir kata, berbelanjalah dengan berhemah, elakkan pembaziran di bulan puasa ni tau. 


P/s: Bolehlah layan Euro 2016 sambil makan coklat lepas ni.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)