CARI DI BLOG INI

23 Julai 2016

Merasa Ayam Goreng KFC Kari-Kari Rangup (Review)

Salam semua dan hai. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Semalam balik je dari kerja, sampai rumah semua orang takde. Pelik juga yang selalunya mak aku malas ikut kakak aku pergi open house. Masuk dapur buka peti ais langsung takde idea nak masak apa so aku keluar balik pergi KFC Semenyih.

On the way ke KFC, dalam kepala dah set nak rasa sendiri ayam KFC baru ni. Bila tengok je gambar KFC ni terus membuka selera. Kalau orang tak lapar pun boleh jadi lapar. Haha.

Berjaya bawa balik KFC Kari-Kari Rangup. Satu set berharga RM12.90 campur GST. Dalam set ni ada dua ketul ayam goreng, coleslaw, nasi kolonel dan jus oren Nestle Sjora. 

Apa rasa ayam kari-kari rangup ni? Macam biasalah, rangup di luar, juicy di dalam. Bila makan boleh rasa rempah kari yang original dan ada sedikit rasa pedas cili. Kombinasi yang awesome. Lepas makan memang rasa kenyang. Aku sendiri berpuas hati dengan rasa ayam ni. Berbaloi dengan harga RM12.90 dengan apa yang kita dapat. Aku boleh bagi 4 bintang daripada 5.


P/s: Ayat klise "Nanti nak beli lagi!".

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)