CARI DI BLOG INI

27 April 2017

Orang Yang Sukakan Kita Dalam Diam (must read)

Salam semua dan hai.
Aku nak kongsikan artikel ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yang aku rasakan boleh memberi inspirasi kepada sesiapa.

Kita tak akan perasan yang dalam dunia ni, ada orang yang bencikan kita dalam diam. Ada orang menyokong kita dalam diam dan paling syok sekali, ada orang sukakan kita dalam diam.

Dalam artikel ini, aku lebih tertarik untuk ceritakan pengalaman aku tentang orang yang sukakan kita dalam diam. Seseorang yang menyimpan hati atau perasaan terhadap seseorang yang disukainya. Orang yang disukainya pula tak pernah tahu mahupun sedar.

Single since 2012 to present.

Ada ke orang yang sukakan aku dalam diam? Ya, ada. Semalam, aku buka balik inbox facebook lama untuk cari nombor kawan lama. Secara tak sengaja, aku terbaca satu mesej dalam inbox facebook lama aku. Buka conversation Hanim (bukan nama sebenar) seorang kawan sekelas di kolej swasta dulu. Sangat panjang semua mesej. Baca punya baca, baru aku teringat. Dia cakap dia pernah sukakan aku. Cantik dan lemah lembut orangnya. Lepas tu aku sedapkan ayat tu supaya conversation tu tak jadi macam awkward, ayat aku "cewah, ada hati dengan Nizam ya. Susah nak percaya ni :)".


Baru nak feeling-feeling, tiba-tiba dia balas "Hanim punya resepsi bulan 8 ni, jemput datang tau". Aku ingat resepsi ni majlis konvokesyen. Memang romantik kalau jumpa time konvokesyen. Rupanya dia nak kahwin. Nasib baik aku google dulu nak pastikan maksud perkataan resepsi tu. Resepsi tu maksudnya majlis persandingan. Memandangkan aku memang tahu yang Hanim ni orang Temerloh, aku pun balas "boleh je datang". Then, conversation tu berakhir di situ.

Persoalan yang bermain di fikiran aku ketika tu, apakah motif dia luahkan perasaan itu di saat dia menunggu hari resepsi dia? Aku positif dengan ayat ini:

"Menyatakan perasaan suka/sayang/minat kat seseorang tu adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan, tak kira cepat atau lambat. Tak perlu malu dan ego."

Point aku satu je, kalau ada hati pada seseorang tu, luahkan perasaan tu pada dia. Jangan memilih untuk pendamkan perasaan itu sampai bila-bila. Nanti mesti menyesal di kemudian hari.


P/s: Tak pernah terfikir ada orang simpan hati kat aku dulu sebab aku tak punya apa-apa yang istimewa. Jujur kalau nak katakan.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)