30 Januari 2015

Piknik & Barbeku Kat Air Terjun Ulu Yam, Selayang (GAMBAR).

Salam semua.
Beberapa hari sebelum mula study week, kitorang semua decided pergi piknik kat Air Terjun Ulu Yam, Sungai Tua kat Selayang. Semestinya benda utama bila piknik barbeku lah kita.

Tujuh orang pergi piknik ni dari jumlah asal lapan (Julia cancelled). So yang pergi aku, Ikhwan, Farah, Shima, Nadia, Eila dan Zieka. Ini gambar pertama ditangkap sebaik sahaja tiba di tempat kejadian. Nasib kitorang baik, api dapat dihidupkan selepas hampir sejam. Haha memang pro masing-masing kan.

Sebenarnya kitorang bertolak dari Puncak Perdana pukul 10 pagi dan sampai kat Giant Gombak pukul 11 camtue dengan kereta sewa, Alza. Gerak lak hari Sabtu memang sesaklah cerita dia. Beli barang-barang dari arang, peralatan barbeku, air kotak sampailah barang mentah (ayam, hotdog).

 Masa ni masing-masing perut tengah lapar sambil menanti ayam masak dengan penuh kesabaran.

Ha nampak asap tu. Kira berjayalah piknik kitorang ni.

Aku tak tahu kenapa aku boleh posing macam tue. Ramai member bahan kot kat facebook. Hahah.

Nasib kitorang baik sebab dapat cop satu gazebo/ pondok walaupun ramai orang kat tempat ni.

Macam tak pernah jumpa air. Air dia macam biasalah sejuk gila rasa macam buat Ice Bucket Challenge. Amboi.

Hotdog/ sosej yang disalut rempah rahsia daripada kitorang. Senang je nak buat marinate dia, just gunakan 2 botol sos barbeque Life campur dengan butter 1 buku.

Dan inilah hasilnya, rasa dia sangatlah extraordinary. Ayam sangatlah juicy dan fresh. Lagi sedap kalau diperap setengah hari tau.

Makan! Muka saja kontrol.

Hot dog terakhir sebelum bara expired.

Memang puas hati makan ramai-ramai. Sorang keluar RM30 untuk kos barang, kereta sewa dan duit minyak. Kitorang sewa kereta Perodua Alza Auto.

Balik tu singgah maghrib kat Masjid Bukit Jelutong. Masjid yang cantik dan mewah. Kebetulan selepas Isyak ada majlis tahlil. Lepas majlis dapat makan nasi ayam panas yang sangat awesome.

Muka semua cover sebab semua tengah penat ni. Tapi bila semua tengah happy semestinya hilang terus rasa penat tu. Memang terbaik Farah selaku event plannner, semua orang kenyang dan happy.

P/S: Harap boleh piknik lagi sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA ENTRI INI? TWEETLAH