Aku Ahmad Nizam. Aku Kembali Menulis.
Assalamualaikum. Ketika aku menulis, umur aku 30. Dunia blogger sudah tak relevan untuk zaman sekarang sebab pengaruh apps Tiktok. Blog aku ni pon dah tiada yang visit tapi ia tak memadam minat aku menulis di sini. Kini jadi macam diari sendiri je, tapi kalau berminat nak baca, aku appreciate. Terima kasih.
Sudah 30 tahun aku merasa udara, nikmat sedap makanan, duit yang cukup, disayangi keluarga semuanya pemberian Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Aku sentiasa bersyukur untuk semua tu walau berdepan banyak ujian, dugaan dan lain2. Banyak perkara aku belajar dari pengalaman sendiri.
- Hidup ini ibarat sebuah kereta. Jika semua orang diberikan kereta yang sama kelajuan, perjalanan kita tetap berbeza. Sama la perjalanan hidup kita di dunia. Ia bergantung pada cara kita menggunakan kereta itu sendiri. Untuk kegunaan yang baik atau jahat. Kereta yang kita sendiri upgrade, akan jadi lebih laju daripada orang lain. Maknanya setiap orang yang berusaha pasti akan ke hadapan. Konsep mudah, bila kita nak sesuatu benda tu, kalau kita usaha inshaallah kita akan dapat.
- Kalau seseorang tu tak suka dengan kau, jangan paksa dia untuk suka kau. Sebab aku pernah kat office tempat kerja aku dulu, aku memang tak suka dengan staff lelaki bawah aku, tapi dia nak berkawan dengan aku. Bila difikirkan balik, memang aku tak rasa boleh berkawan dengan dia tapi takdelah benci. Professional je pasal kerja.
- Hidup ini jangan mengharap orang akan menghargai perbuatan baik kita. Jangan mengharap sebarang balasan baik. Orang yang kita harap dia menghargai kita tu la kerap mengutuk kita dari belakang. Kita buat je baik dengan orang lain, jangan buat jahat dengan orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan
Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)