CARI DI BLOG INI

24 November 2011

A THING YOU MUST KNOW ABOUT.


Assalamualaikum korang,
Entry ni saje aku nak inform sekarang memang aku takde mase sesuai nak update info dalam blog ni dari semasa ke semasa.

Well sekarang ni aku berada kat UiTM Shah Alam yg berPuncak ni. Baru First class dah dapat assignment yang best.



Masa aku tengah tulis ni aku berada di Library Tun Abdul Razak 2.

Mintak maaf bebanyak korang, dalam almost seminggu ni aku tak buat ape2 entry.
Tapi aku masih berbangga even aku tak update entry dlam seminggu ni, trafik aku setakat  aku tulis ni mencecah lebih kurang 3,600 pengunjung untuk bulan November.

Lepas ni korang jangan lupa layari my new website, xzarmpro.com. Maybe awal tahun depan siap website/blog ni.Tapi blog ni pon still berjalan gak dengan adenya pemilik baru, girl lak tu. Mesti korang suka tulisan seorang wanita. Haha tengok je lah nanti.

Konklusinya, thanks a lot kepada yang setia dengan blog 7 ALWAYS ni.
Tanpa korang  takdelah blog ni.

P/s: Sentiasa inginkan yang terbaik dalam semua perkara.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

13 November 2011

Kelebihan Dan Kebaikan Membaca Ayat Al-Quran




Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ 

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. 

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ 

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. 

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’ 

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

11 November 2011

Ciri-Ciri Lelaki Yang Dibenci Oleh Wanita



LELAKI MULUT GULA
Dalam erti kata lain lelaki yang suka sweet perempuan ataupun tikus jadian. Umum mengetahui zaman sekarang dah tak main dah sweet-sweet guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fcuk* kat korang, terkincit nanti.

LELAKI YANG BAJET COOL
Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta???

LELAKI YANG TERLEBIH LELAKI
Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni...

LELAKI YANG SUKA BOCOR RAHSIA PEREMPUAN
Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni~~~

LELAKI YANG TAK PANDAI JAGA HATI PEREMPUAN
Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman.

LELAKI YANG PENGOTOR
Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish…

LELAKI YANG TAKDE PENDIRIAN
Ini benda penting yang menentukan dia gentelman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah..Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah~~~Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak...

LELAKI YANG SUKA CERITA BENDA LUCAH
Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti.



P/s : Berharap aku tidak sesekali seperti ni. Amin.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Toyota Avanza Baru Lebih Sporty Dilancarkan di Indonesia (Gambar)



Toyota Avanza Veloz 2012
Toyota Avanza merupakan sebuah model yang sangat popular dan laris di Indonesia, begitu juga di Malaysia. Mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2004, pelbagai penghargaan dan pengiktirafan telah diberikan untuk model MPV mampu milik itu atas kemampuannya mencipta fenomena tersendiri di dalam segmennya.
Toyota Avanza merupakan sebuah MPV tujuh tempat duduk yang menjadi pilihan bagi mereka yang sudah berkeluarga. Ia digerakkan oleh enjin yang terbukti menjimatkan, selain ruangnya yang luas menjadi faktor utama mengapa ia terus mendapat tempat di hati rakyat Indonesia. Jualannya di sana sehingga Oktober 2011 telah dicatatkan sebanyak 681,035 unit, yang mana merupakan angka penjualan tertinggi dalam waktu singkat.
Toyota Avanza Veloz 2012 (interior)
Sebagai salah satu bentuk penghargaan dan terima kasih Toyota kepada pelanggan dan pencinta Avanza di atas sokongan yang sangat luar biasa, Toyota Indonesia baru-baru ini telah melancarkan generasi baharu Avanza 2012. Diperkenalkan dalam dua versi iaitu Avanza (All New Avanza) dan Avanza Veloz (All New Avanza Veloz), ia tampil bergaya dengan rekaan terbaru lebih sporty dan maju, namun masih mengekalkan kefungsian asalnya.
Toyota Avanza 2012 baharu didatangkan dalam lima varian : 1.3 E M/T dan A/T, 1.3 G M/T dan A/T, serta 1.5 G MT. Manakala Toyota Avanza Veloz 2012 hadir dalam satu varian tunggal 1.5 Veloz. Lapan pilihan warna ditawarkan untuk Avanza 2012 baharu, antaranya ialah : Black Metallic, Silver Mica Metallic, Gray Metallic, Champagne Metallic, Dark Steel Mica, Light Blue Metallic, Maroon Mica, dan White. Sementara Avanza Veloz hadir dalam 4 pilihan warna : Silver Mica Metallic, Dark Steel Mica, White dan Black Metallic.
Untuk pasaran Indonesia, Toyota Avanza 2012 dilancarkan bersama-sama model Daihatsu Xenia 2012 baharu yang terhasil dari kolaborasi antara tiga syarikat, iaitu Toyota Motor Corporation, Daihatsu Motor Company dan PT Astra International. Menggunakan platform yang sama, masih terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua model di bahagian luaran dan dalaman.
Berita baiknya untuk rakyat Malaysia, Toyota Avanza 2012 baharu yang dilancarkan di Indonesia itu juga bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, merujuk kepada foto spyshot yang berjaya dirakamkan sebelum ini. Namun masih belum ada tarikh rasmi bila pelancarannya akan diadakan, berkemungkinan besar pada awal tahun hadapan.
P/s : Kilang Toyota di Japan menyiapkan sebuah kereta hanya dengan masa 4 saat.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 November 2011

Cara Mengatasi Masalah Dengan Tenang dan Professional (Must Read)

Salam korang semua. 
Sebagaimana kita semua tau, tiada manusia di dunia ni tidak mempunyai masalah. Dalam erti kata lain, setiap manusia di dunia pasti mempunyai masalah. Persoalannya, bagaimana kita mahu menghadapi masalah yang datang?


Cara2 menghadapinya dengan tenang dan penuh professional. Jom baca dan ikut.
1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.
P/s : Harap2 boleh membantu pembaca di luar sana.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

09 November 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah Anda (Must Read)


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,interest.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.






15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).


22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

01 November 2011

Bila Bulan November Menjelma. When November Comes True.


Ketika entri ni ditulis, bulan November sudah pun menjelma. Hari ni 1 NOVEMBER 2011. Entri ni merupakan yang pertama dalam bulan ni.

Aku sebenarnya menyambut baik kedatangan Bulan November ni. Sebelum ni aku sendiri sangat 'gementar' menanti Bulan Nov ni. Kalau difikir balik memang taknak bulan Nov ni datang. Tapi kita takde kuasa nak menarik atau memberhentikan masa ni. Walaupun setengah saat. Masa sentiasa berjalan tak kira apa jadi pun. Setuju? Mesti la kan.

Ada 2 benda besar yang aku akan lakukan bulan ni. Itu yang aku tau la, yang tak tau belum  nampak lagi. 2 bende ni aku rasa macam tak yakin aku nak buat.

Pertama, 12 November ni aku diberi kepercayaan oleh akak aku untuk cover majlis kahwin customer dia. Sebabnya dia ade majlis lain kat Port Dickson pada hari yg sama. Aku sebelum ni jadi second fotografer je. Berdiri di belakang dia dalam majlis2 sebelum ni. Kini aku terpaksa cover dia untuk handle 1 majlis seorang diri. Kalau akak aku sorang lagi cuti, maybe dia boleh ikut aku. Aku sebenarnya tak hebat sangat jadi fotografer. Biasa2 je.

Keduanya, aku akan mendaftar untuk kali kedua di UiTM Shah Alam pada 16 November ni. KLIK SINI. Sebelum ni memang aku rasa macam takut2 jer nak sampai tarikh ni tapi sekarang nampaknya macam dah tak sabar. Semua persiapan hampir siap. Yuran pengajian dan pakaian dah settle. Tunggu masa je nak buat assignment kat sana. Haha nampak sangat tak sabar tu.





Ok la sampai sini je la tulisan aku. Terima kasih korang sebab sudi membaca entri aku yang tak seberapa ni.


Baru2 ni aku ada tubuhkan group komuniti di Facebook. Tujuannya nak berkongsi idea dan pendapat sesame member. Di samping tu, boleh berkongsi apa-apa pasal Blog. Pengguna blog baru dialu-alukan sangat masuk group ni. Name group tu ialah UNITESAHAJE.BLOGSPOT.COM.KLIK SINI. Kalau korang sudi nak join just click 'ASK TO JOIN'. Aku akan approve nanti. Setakat aku tulis entri ni, group ni mempunyai 1,020 ahli. Admin pula ada 3 orang setakat ni. 3 orang admin masih dalam pencarian.


P/s : Dimana kita berada,apa pun yang kita lakukan, semestinya kita mahukan yang terbaik kan? Aku pon macam tu jugak.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!