19 Hari Menuju ke UiTM Shah Alam - Aku 19 Tahun dan MAN UTD 19 Champions
Ketika aku menulis entri ni, aku baru menempuh 1 bulan 25 hari selepas aku menerima surat tawaran dari UiTM untuk melanjutkan pelajaran. Pada 15 September, aku buka website UiTM then semak keputusan dan alhamdulillah aku akhirnya diterima ke UiTM selepas gagal mase percubaan pertama aku memohon. Man Utd tak kena mengena pon dengan entri ni. Harap mklum la team aku baru je menang kali ke 19. Hehe.
Aku ditawarkan pengajian dalam bidang Penulisan Artistik sepenuh masa dibawah Diploma Teknologi Kreatif di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana. Aku memang target untuk course ni sebab aku memang minat dalam menulis blog dan membangunkan website. Cuma masa ni aku tak berkesempatan untuk membuat website sendiri. Jika ada, mungkin address dia seperti ini unitesahaje.com. Same macam blog ni tapi tak mengggunakan word blogspot. Member aku di UiTM pernah inform, kalau nak mohon Poli or UiTM, course yang kau target kena letak kat pilihan ke4. Aku ikut cara dia dan hasilnya course ni yang aku dapat. Korang lepas ni ikutla cara ni tau.
19 Hari sebelum mendaftarkan diri di UiTM. Umo aku sekarang 19 tahun. Mungkin kebetulan, aku terdetik utk menulis entry pasal ni ketika 19 hari je akan mendaftar di sana dan selepas Man United juara kali ke 19. Aku dan member2 aku akan mendaftar di sana pada 16 November bermula 9 pagi. Tengok no. matrik aku, unik kan? Hehehe
Tapi yang sebenarnya aku sendiri jujur BELUM BERSEDIA nak sambung belajar. Aku takut gagal memberi tumpuan penuh utk belajar. Ramai kawan2 aku yg berada di UiTM ketika ini memberi seluruh focus tapi pointer semester diorang tak berape menepati harapan diorang. Ramai antara diorang dapat 2.4 - 2. something. Aku dah berjanji nak capai 4.0 Flat every semester. Tapi aku takut akan jadi macam diorang. Aku langsung tak berniat nak burukkan diorang. Klau ak berniat nak burukkan, of course aku sebut nama kan.
Sebelum ni, akak aku pon pernah belajar di UiTM sehingga peringkat degree. Dia mengikuti program diploma di UiTM Kota Samarahan dan Degree di UiTM Shah Alam. Aku berjanji ngan diri aku sendiri utk jadi seperti dia. Ekoran prestasi akademik yg memberangsangkan, pointer keseluruhan sebanyak 3.49, dia diterima kerja di syarikat induk TM Malaysia sebagai HR Executive pada 2008.
Dia menjadi kebanggaan arwah ayah, keluarga dan aku sendiri. Semestinya.
P/s: Nak jadi student yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
Update: Alhamdulillah, aku gapai anugerah Dekan di semester lima. KLIK SINI.
Update: Berakhirlah kisah diploma aku di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81. KLIK SINI.
gud luck ya,.. :)
BalasPadamjadikan ibu sebagai pndukung ke arah kejayaan.. saya kat puncak alam uitm..hihiih,.sdg tgu kputusan ..:D doakn sy juga agr dpt 4 rata!! :)
thanks for advise..
PadamReally appreciate..
Sama2 la kite dapat 4flat yer..mudah2an..
Salam,mahu tnye ttg kos ni.mcm mana ye pembelajaran dia dan smsa mghadiri temuduga ,apakah soaln yg mungkin di tanya.. t.kasih mohon pencerahan☺
PadamSemasa batch saya, belum ada lagi sesi temuduga :)
Padampenulisan artistik tu macam mna? boleh elobrte sikit tak...tengah konfius nak pilih kos apa... =D
BalasPadamPenulisan Artistik lebih fokus kepada penulisan puisi, skrip dan kerja2 belakang tabir. Kos ni unde fakulti filem, teater dan animasi. Apa yang saya dah belajar, mencipta puisi, skrip filem pendek, analisis filem tempatan/ hollywood dan banyak lagi. Pendek kata, kos ni memerlukan kita berfikir secara mendalam untuk menghasilkan idea2 baru dan kreatif.
PadamThanks but 6Mei? hihihi... UPU dah tutup pon.... lambat benor responnye... :D
PadamSorry ya. Saya tak aktif blogging by that month. That's why takde update langsung bulan Mac. Moga, kos yang awak mohon berjaya. Saya doakan :D
Padamsorry but nak tye. macmne nak apply ijazah sarjana muda teknologi kreatif if the option takde dlm upu?
BalasPadamSemua course fakulti ni ada major2 dia untuk degree. Dalam upu semestinya ada, awak boleh pilih 5 major courses - Skrin, Penulisan Artistik, Teater, Pengurusan Kreatif dan Animasi. Semua major perlu melalui proses interview terlebih dahulu :)
PadamSaya dalam batch terakhir sebelum course ni kena interview.
Ohh baru saya ingat, sekarang ni semua program ber-interview boleh pilih kat Pilihan 1 je ohh :)
PadamAssalamualaikum... diploma teknolgi kreatif (skrin) tu macam mane ye...bantu skit.sebab saye dapat interview dalam kos tu...
BalasPadamSkrin melibatkan kerja2 di belakang tabir. Awk akan belajar tentang kamera, movement/ angle sesuatu shot yang digunakan dalam penghasilan video, storyboard dan sedikit sebanyak tentang sejarah filem klasik dan moden.
PadamSalam.bidang ni selain dari kena buat kerja blkg tabir,ada buat pementasan filem pendek ke?
PadamSalam.bidang ni selain dari kena buat kerja blkg tabir,ada buat pementasan filem pendek ke?
PadamBidang Penulisan hanya terlibat dalam skrip filem pendek sahaja. Untuk pementasan filem pendek boleh apply kursus Skrin (dibawah fakulti sama).
Padamsalam ..sy dpt diploma teknologi kreatif skrin..tp saya nk tyer puan bhgian skrin kne wat ape ek..sb tgk..kos nie bnyk laki.. takot gak law kne buat keje lelaki ..:'(
BalasPadamBatch saya kos skrin balanced. Lelaki prmpuan sama banyak. Takde keje berat pon. Kalau minat, Insha Allah boleh rasa enjoy :)
PadamKalau lepasan asasi dari ipta lain, boleh ke mohon ijazah penulisan artistik ni?
BalasPadamBoleh. Kena ada muet. Tapi kena interview dulu :)
PadamSekarang saya sedang belajar diploma masscom boleh tak klu sy mohon untuk degree penulisan ne..
BalasPadamBoleh. Tapi sy suggestkan awak sambung je Degree Masscomm.
PadamDua sebab,
masa depan lebih cerah dan hanya 2 tahun. Terpulang kepada awak maybe awak nak tukar bidang, ni pendapat sy je :)
Salam bro..emm sy pun sedang belajar dalam diploma penulisan part 1.. Sy nak tanya sebaik trima belajar diploma penulisan kat uitm adakah permohonan second intake untuk degree sy akan terbatal??
BalasPadamBesar kemungkinan terbatal sebab dalam sistem uitm, seseorang pelajar hanya boleh menduduki satu program dalam masa yang sama. Melainkan awak apply uni lain :)
PadamSalam, kalau nak apply untuk animasi, diploma tekbologi kreatif apa erk?? Sy sgt berminat
BalasPadamSo far, fakulti belum menawarkan diploma untuk animasi. Hanya untuk degree. Syarat masuk dia mestilah ada diploma apa2 bidang dan muet band 1.
Padamsalam boleh tak berikan penjelasan sedikit tentang pengurusan kreatif
BalasPadamDalam kursus ni, awak akan diberi pendedahan aspek2 dalam menguruskan sesuatu event. Dari proposal, kos, penajaan sehingga event berlangsung. Jika ada minat, pasti lebih menarik :)
Padamsalam boleh tak berikan penjelasan sedikit tentang pengurusan kreatif
BalasPadamAssalam. Saya berminat dlm menulis puisi dan cerpen sejak sekolah lagi jadi saya berhasrat ingin memohon kos ni. Rasanya kos ni sesuai tak utk org yg lemah bi? Result spm saya bagi subjek bi stakat B shj. Dan saya nk tau pembelajaran dlm kos ni dan assignment adakah fully english?
BalasPadamKebanyakan assignment dalam english. Dengan minat awak, assignment akan menjadi lebih mudah :)
PadamTerima kasih atas respon saudara. Btw, boleh bagi tips tak mcm mana nk survive dlm kos ni? Saya mmg minat course ni, mmg harap sgt dpt course ni nnti. Lagi satu nk tanya, lelaki dgn perempuan mana lagi ramai. Saya risau sebenarnya sbb sekarang saya berumur 19 tahun. Sblm ni saya belajar dkt uitm jgk tapi bertahan 1 sem je sbb course saya ambik tak berapa minat. Saya minat sastera tapi tersesat ke aliran sains tu yg saya risau tu sbb saya takde basic apa semua.
PadamPerempuan lebih ramai. Saya pun takde basic sastera sebelum ni, tapi Alhamdulillah saya dapat survive.
PadamPenulisan kreatif tu sama ke dgn penulisan skrip?
BalasPadampenulisan artistik*
PadamYa, sama.
Padamassalam , maaf nk tnye ? bole share ckit ttg degree pnulisn skrin Dan pngurusan industri kreatif (pengurusan seni) . kalau ad thu pape ttg ni share ya . :)
BalasPadamsalam. sy urgent. boleh tak cik terangkan tentang penulisan kreatif jika tahu. sy masih consider mahu terima atau tak.
BalasPadamSalam, interview diploma penulisan skrip selalunya mcm mna ya???
BalasPadamAssalam... saya nk tanya...kalau nk ambik diploma penulisan skrip nii..mmng wajib ltak no 4 ke??tkleh ltak kat no1 eiyhh?
BalasPadam