CARI DI BLOG INI

21 Mei 2012

Penganjur BERSIH 4.0 Tersalah Eja. (Tak kena-mengena politik)

Salam semua readers.

Sebagaimana umum tahu, 24 dan 25 Mei ni, Majlis Bertindak Peniaga Malaysia akan menganjurkan Bersih 4.0 dengan membuka gerai di hadapan kediaman Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga. Tindakan itu sebagai protes atas kerugian mereka ketika perhimpunan Bersih 3.0 diadakan.


Entry ni bukan medium untuk aku menulis tentang politik, aku tak memihak mana2 parti politik. Ini fakta yg boleh dikongsi tak kira parti politik. Dalam gambar ni, penganjur telah tersalah eja perkataan yang mudah disebut, perkataan yg menjadi carian terbanyak google untuk bulan Mei.

Macammana salah sebut tak tahulah kenapa, mungkin tangan menggigil masa tengah cat tu kot.


Ni merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menganjurkan Bersih 4.0 ni. Beliau, Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Malaysia telah mengalami kerugian besar semasa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April 2012 lalu. Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di Malaysia antaranya ialah Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan mengawal tender Kedai Ikan 1Malaysia.

P/s : Harap2 Dato' Jamal Md Yunos dapat cover balik kerugian tu. Mudah-mudahan.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

20 Mei 2012

Senarai Nama Dan Alamat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Di Malaysia (2008-2013)

SENARAI NAMA DAN ALAMAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MENGIKUT SUSUNAN KEKANANAN RAJA-RAJA DAN TYT YANG DI PERTUA NEGERI


YAB DATO' SRI DIRAJA ADNAN BIN YAAKOB
Menteri Besar Pahang,
Pejabat Menteri Besar Pahang,
Wisma Sri Pahang,
25502 Kuantan, PAHANG.


YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak,
Pejabat Menteri Besar Perak,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK.


YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
Menteri Besar Terengganu,
Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
Pejabat Menteri Besar Terengganu,
20502 Kuala Terengganu, TERENGGANU.


YAB DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU
Menteri Besar Perlis,
Pejabat Menteri Besar Perlis,
Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri
Persiaran Wawasan,
01000 Kangar, PERLIS.


YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor,
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40502 Shah Alam, SELANGOR.


YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5B Wisma Negeri,
70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN.

YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor,
Pejabat YAB Menteri Besar Johor,
Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
79503 Nusajaya, JOHOR.


YAB DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Tingkat 1, Blok 1,
Kota Darulnaim,
15502 Kota Bharu, KELANTAN.


YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Menteri Besar Kedah,
Pejabat Menteri Besar Kedah,
Wisma Darul Aman,
Jalan Tunku Bendahara,
05502 Alor Setar, KEDAH.


YAB TAN SRI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
Ketua Menteri Sarawak,
Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22,
Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,
93502 Kuching, SARAWAK.


YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
Tingkat 28, KOMTAR,
10502 PULAU PINANG.


YAB DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
Ketua Menteri Melaka,
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Bangunan Seri Negeri, Tingkat 4, Blok A,
Seri Negeri, Ayer Keroh,
75450 MELAKA.


YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah,
Pejabat Ketua Menteri Sabah,
Jabatan Ketua Menteri,
Tingkat 17&18, Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman,
88502 Kota Kinabalu, SABAH.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

19 Mei 2012. Hari Fast Food Sehari Untuk Aku, Intan dan Abang Ajim.

Salam semua.
Semalam, 19 Mei 2012 merupakan Hari Fast Food untuk aku. Tanpa mengeluarkan sebarang duit, 3 kali aku makan di 3 restoran. Pagi breakfast kat McD Semenyih, Mom belanje.



Tengah ari lak makan kat Subway, MetroPoint Kajang. Sponsored by kazen, Azim Johar. Intan pon join sekaki. Lepas balik dari Subway, lepak dulu kat umah Azim Johar maen XBOX dia. Sampai malam je, boleh lapar pulak kitorang semua.


Ape lagi, pakat2 pegi Restoran Nasi Ayam Gemas at perkarangan Tesco Semenyih. Sekali lagi dibelanje oleh Abang Ajim kita ni. Pekena nasi ayam ngan set fun fries dia.

Memang rezeki aku kat luar rumah semalam. Ape pon, memang best makan free walaupun apa jua makanan kecuali non halal kan.

Special Thanks To My mom and Abang Ajim. Abang Ajim, moga cepat dipertemu jodoh yang terbaik. Aku doakan. Mudah-Mudahan.

Nak try makan kat Wendy's ngan Kenny's FREE lak lepas ni. Bole ker.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

02 Mei 2012

Kesalahan Bodoh Akhbar KOSMO Rabu 2 Mei 2012 (Must Read)

Assalamualaikum semua.
Entry ni saje untuk aku menulis tentang kesalahan yg terdapat di akhbar harian, Kosmo seperti disengajakan atau mungkin tidak disedari oleh penulis or wartawan yang melaporkan.

Biasalah, semua manusia normal akan melakukan kesilapan. Tiga kesilapan dikesan pada akhbar kosmo edisi hari ni, 2 Mei 2012. Entry ni tidaklah bertujuan untuk memperihalkan mengenai politik, cuma bercerita tentang kebenaran.



Yang pastinya, petak putih yang ditanda tu merupakan kesalahan yang mungkin tidak disedari oleh penulis/wartawan. 

Pertama, 
Wartawan meletakkan gambar yang tidak sepatutnya. Seorang lelaki menyelak baju wanita. Ramai ibubapa/ orang dewasa di Malaysia akan meminta anaknya yang mungkin baru berumur bawah 10 tahun untuk membelinya. Nanti for sure budak tu tanya, ni gambar apa ni, seks tu apa?

Kedua,
Pemimpin Parti Pembangkang di Selangor.
Orang yang dituduh dirujuk kepada musuh politik kerajaan, iaitu Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR di Selangor yang juga Ahli Parlimen kawasan Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Semua sedia tahu, Selangor kini di bawah pemerintahan Parti PKR. Bermakna, parti pembangkang disini ialah parti UMNO. Sama dengan kerajaan Persekutuan adalah Barisan Nasional, pembangkang ialah Pakatan Rakyat.

Ketiga.
Peribahasa Pelanduk Muka Serupa.
Apa yang aku belajar kat Form 3 dulu, cikgu aku ajar Pelanduk Dua Serupa. Bermaksud orang yang mempunyai wajah yang hampir sama atau sama. Kalau tak silap lah. Mungkin cikgu BM kepada wartawan ni tersilap ajar lah kot. Tengok, dah jatuh saham akhbar harian yang famous gak.


P/s : Kesalahan yang terlepas pandang. Mungkin protes payment lambat bayar kot. Mana tau, orang kita ni macam-macam ragam.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!