Catatan

Aku Ahmad Nizam. Aku Kembali Menulis.

  Assalamualaikum. Ketika aku menulis, umur aku 30. Dunia blogger sudah tak relevan untuk zaman sekarang sebab pengaruh apps Tiktok. Blog aku ni pon dah tiada yang visit tapi ia tak memadam minat aku menulis di sini. Kini jadi macam diari sendiri je, tapi kalau berminat nak baca, aku appreciate. Terima kasih. Sudah 30 tahun aku merasa udara, nikmat sedap makanan, duit yang cukup, disayangi keluarga semuanya pemberian Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Aku sentiasa bersyukur untuk semua tu walau berdepan banyak ujian, dugaan dan lain2. Banyak perkara aku belajar dari pengalaman sendiri. Hidup ini ibarat sebuah kereta. Jika semua orang diberikan kereta yang sama kelajuan, perjalanan kita tetap berbeza. Sama la perjalanan hidup kita di dunia. Ia bergantung pada cara kita menggunakan kereta itu sendiri. Untuk kegunaan yang baik atau jahat. Kereta yang kita sendiri upgrade, akan jadi lebih laju daripada orang lain. Maknanya setiap orang yang berusaha pasti akan ke hadapan. Konsep mudah, bila kita

Makan Meatball dan Membeli Belah Di Ikea Cheras Kali Ketiga

Imej
Salam semua. Semalam aku ke rumah nek ngah kat ampang dengan adik. Balik tu secara tak sengaja boleh singgah Ikea Cheras. Memang unplanned! Baca: Singgah Makan Dan Membeli-belah Di IKEA Cheras Kali Kedua. First time ambil set nugget. Kali ni ambil yang simple je acah-acah minum petang. Hehe. Semuanya RM35.50. Jumpa lukisan ni kat store Ikea. Nampak cakar ayam tapi sekali pandang cantik sebenarnya. Mulanya nak beli lampu ni. Harga pon boleh tahan murah RM29.90 je.   Berjaya bawa balik semua ni walaupun singgah je. Hahaha. Sejuk dan selesa kain selimut ni. Harga RM14.90.  Pinggan dan mangkuk ni harga dia RM1.90 je satu. Aku beli untuk mak yang selalu mengadu pinggan tak banyak kat rumah.   Tali reben. RM 0.90. Adik punya ni.  Lampu gantung ni pun untuk mak juga. Nak pasang kat meja makan rumah. RM24.90.  Ni kotak adik. Harga RM 3.90.  Lampu meja untuk letak sebelah katil. Harga dia murah je, RM19.90.  Cermin muka. R

Cabaran Maggi Samyang Hot Chicken Ramen (Review)

Imej
Salam semua. Disebabkan maggi ramen ni memang famous kat Malaysia ni, aku pun taknak ketinggalan untuk merasa kepedasannya. Ramai yang buat video kat instagram, facebook sampai menangis kot. Abang-abang pon berlinang air mata. Haha. Cantik packaging dia. Sebenarnya maggi ni kakak aku beli kat instagram. Harga dia RM 24. Ada lima bungkus kecil di dalam. Pastikan ada logo halal baru beli tau.  Kalau korang rasa nak makan, pastikan sediakan air sebelum hujan air mata. Yes, lulus cabaran maggi samyang chicken ramen dengan jayanya! REVIEW Maggi dia memang sedikit tebal berbanding maggi2 jenama lain yang ada kat pasaraya. Bau dia memang kuat dan sedap. Bila makan tak rasa pedas. Lepas dua tiga minit masuk mulut baru rasa pedas tu datang. Memang aku sendiri tak tahan kepedasan dia. Walaupun pedas gila tapi tak dinafikan memang sedap dan rasa nak makan lagi selepas habis. Aku boleh kasi 4 bintang untuk maggi buatan Korea ni. P/s: Memang jatuh cint

Makan Meatball Dan Shopping Di Ikea Cheras Kali Kedua.

Imej
Salam semua. Semalam aku dengan kawan ke Ikea Cheras kali kedua dalam tahun ni . Last pergi bulan Januari hari tu, so kenalah pergi lagi kan. Rutin biasa sebelum membeli-belah di store Ikea, kenalah isi perut dengan makanan kat kafe Ikea. Kali ni ambil yang rasa boleh habiskan, yelah taknak lah membazir dalam bab makan ni.     First time try ayam quater ni. Boleh tahan. Saiz dia besar. Tak habis kot. So bawa balik je bagi kucing, hahaha. Semuanya RM 56.30. Mahal? Berbaloi sebenarnya, makanannya yang sedap dan dalam portion yang besar.  Lepas makan, terus ke store. Beli barang yang perlu je. Satu lagi, memang pilih harga yang murah je. Setengah jam fikir nak yang mana satu, last2 tak jadi beli sebab rambang mata. Dua2 warna lawa tu.  Tapi balik rumah baru dapat buat keputusan, nak beli yang warna ni.  Sebelum balik, tak sah kalau tak beli sosej dua hengget ni. Letak pula sos biji sawit tu. Minum pakai botol ni, air kosong pon bole

Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Imej
Salam dan hai semua. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah.  Judul:  Hungga Penulis: Nur Afirah Penerbit: #UF Press Mukasurat: Tak dinyatakan. Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan? Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, MAEPS Serdang. Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini. Kulit belakang Hungga. REVIEW (Mengandungi spoils) Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana Seorang

Merasa Subway Chicken Tandoori Di Metro Point Kajang (Review)

Imej
Salam semua dan hai. Semalam aku singgah ke Subway Metro Point. Dah lama sangat nak rasa sendiri Subway ayam tandoori ni. Bila dengar kat radio lagu yang mamak nyanyi tu memang menguji iman betul. Bila tengok gambar ni, memang terus rasa nak beli walaupun tak rasa lapar. Memang tergoda. Umph! Ini dia. Subway chicken tandoori, air jus oren Minute Maid dan cookies coklat. Semua sekali RM12.70. Cookies tu RM0.80 sebiji. Roti pilihan aku, 9. Grain Honey Oat. Semua sos aku mintak kecuali sos cili. Letak blackpepper dengan minyak olive. Semua sayur juga aku ambil. Barulah berbaloi dengan harga kan? Cookies coklat sebagai pencuci mulut. REVIEW Rasa ayam tandoori dia memang sama dengan mana-mana kedai mamak yang sedap. Memang original. Lembut isi ayam dia bermakna cukup masa perapannya. Dimakan pula dengan campuran sos honey mustard, mayonnaise, ketchup, bbq, ranch, thousand island dan olive oil blend memang menarik rasanya. Cubalah try. Kesimpulannya, aku be