Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FAKULTI FILEM

Konvokesyen UiTM ke-81. Tercapai Sebuah Impian Untuk Ke Menara Gading. Amboi. (GAMBAR)

Imej
Salam semua, bulan Disember tahun lepas, aku berkesempatan ke Istiadat Konvokesyen ke-81 di Dewan Tuanku Naib Canselor, UiTM Shah Alam. Semua ni antara gambar-gambar yang menjadi pilihan aku sepanjang sesi konvo berlangsung. Bergambar dengan dua budak tengah single, Dayah dan Lucy. Tak sedar diri betul padahal diri sendiri pon single. Balik tu singgah KFC Seksyen 2 then apa lagi melantaklah kami semua sampai kenyang. Semestinya inilah antara kenangan yang takkan aku lupakan dalam hidup. Thanks kepada semua kawan-kawan yang sudi jadi tukang dengar, tukang teman dan tukang pinjam duit kepada aku selama 3 tahun belajar di sini.  P/s: Insha allah aku akan sambung degree dalam bidang Pentadbiran Perniagaan tahun ni.

Majlis Anugerah Dekan 2014, Dewan Agong Tuanku Canselor. I was here. (GAMBAR)

Imej
Salam semua. Khamis 13 Jun 2014 minggu lepas, aku berkesempatan ke majlis Amanat dan Anugerah Dekan 2014 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Kali kedua diadakan di DATC yang sebelum ini biasa diadakan di perkarangan fakulti, UiTM Puncak Perdana. Kredit gambar: yayahana.blogspot.com Aku gerak dari rumah dengan Hafiz yang juga penerima Anugerah Dekan. Gerak dari rumah jam 8.10 dan sampai 9 tepat.  Red carpet jadi penyambut tetamu. Hahah bajet2 je. Bila jalan atas ni rasa macam something sebab kat rumah takde benda alah ni. Tak percaya, cubalah. Haha. Seats sebelum kehadiran semua. Dewan ini boleh memuatkan 5,000 audiens dalam satu2 masa. Majlis bermula pukul 10.45 pagi. Selesai je daftar nama, terus cari seat aku. Okay la, betul2 depan pentas tapi tengah dewan. Boleh borak2 dan tidur. Hahaha. Dekan, Prof Madya Razak Mohaideen memulakan ucaptama...

Anugerah Dekan Tak Semestinya Untuk Semua Bijak Pandai #mustread

Imej
Salam semua. Beberapa hari lepas, aku dapat invitation by a call untuk Anugerah Amanat & Anugerah Dekan 2014. Aku akan ke sana 12 hb ni. Baca: Majlis Anugerah Dekan 2014 Di Dewan Agung Tuanku Canselor Fakulti Filem, Teater & Animasi organize majlis ni untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam final exam lepas. Alhamdulillah, aku diantara orang-orang itu. Cemerlangnya aku. Haha. Sejak result keluar 9 hb Mei hari tu, memang aku speechless tengok result aku. Jauh daripada expectation aku sebelum tu. Mungkin agak klise ayat ni, aku hanya mengharapkan semua lulus sebelum buka portal result supaya boleh konvo dan tamat. Seriously, kekecewaan pada semester kedua dan ketiga dulu mungkin aku boleh lupakan. Pointer aku 3.42 dan 3.43 disebabkan kedua-dua semester kokurikulum Pertolongan Cemas aku dapat gred C+. Kalau nak diikutkan, sumpah susah gila nak score belajar macam students Sains Hayat kot. MENTALITI ''B...